“Senyuman Dah Jadi ‘Limited Edition'” – Foto Hitam Putih & Kapsyen Elfira Loy Undang Kerisavan Peminat

Pelakon Elfira Loy berkongsi sekeping foto hitam putih menunjukkan dirinya yang sedang tersenyum.

Foto itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.

“Senyuman itu sekarang menjadi ‘limited edition’,” tulisnya di ruangan kapsyen.

View this post on Instagram

That smile is limited edition now.

A post shared by @ elfiraloy on

Seterusnya, kapsyen dan foto hitam putih itu menjadi tanda tanya di kalangan pengikut Elfira.

Meninjau ruangan komen, ada antara wargamaya yang r1sau dan terkejvt melihat posting tersebut.

Malah, ada juga yang menasihati Elfira untuk sentiasa kuat ketika berhadapan dengan uj1an Allah SWT.

“Terkejvt bila tengok post macam ni.

“Sentiasalah senyum walaupun ujian dan dugaan datang kerana Allah SWT hendak menguj1 hamba-hamba-Nya.

“Terkejvt bila tengok post macam ni, teruskan senyum Kak El,” tulis beberapa wargamaya.

Walaubagaimanapun, Elfira memilih untuk berdiam diri tanpa membalas komen-komen tersebut.

Sekadar info, Elfira mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhamad Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Ryan Khalaf pada 1 Oktober 2019.

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Senyuman Dah Jadi ‘Limited Edition'” – Foto Hitam Putih & Kapsyen Elfira Loy Undang Kerisavan Peminat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*