Penyanyi Bella Astilah dikec4m gara-gara memuat naik gambar dengan hanya berkain batik ketika sesi mengurut dalam pantang di laman Instagram.
Bella dalam kemas kini tersebut memberitahu dia kini sudah selesai menjalani proses berpantang.
“Akhirnya saya selesai berpantang. Saya kini kembali,” katanya.
Entri tersebut mendapat kec4man dari netizen yang rata-rata tidak senang dengan foto berkemban yang dimuat naik.
“Kalau ya pun nak promote tolonglah tutup lah sikit aurat.
“Tak elok share picture macam ni.
“Dunia…gambar macam ni pun perlu ke nak post
“Kak Bella delete lah aurat,” tegur netizen di ruangan komen.
Pun begitu, Bella tidak membalas komen-komen tersebut sebaliknya hanya mendiamkan diri.
Bella rujuk kembali dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz selepas bercera1 pada 16 Mei 2019.
Pasangan ini dikurniakan Ayden Adrean, 3, dan Ara Adreanna yang baru berusia 2 bulan.
Sumber: Gempak
Be the first to comment on "“Padamlah, Aurat…” Muat Naik Gambar Berurut, Bella Astilah Dikec4m"