Kedai Ebit Lew Dipec4h Masuk, 2 Lelaki Bertopi KeIedar Buat 0nar!

Penceramah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew berkongsi berita sedih apabila premis perniagaannya, Elewsmart dipec4h masuk dalam satu kejadian di Sungai Buloh, awal pagi tadi.
 
Menurut Ebit, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kedai serbanekanya itu dimasuki dua individu.
 
“Sayv pagi ini bila dapat tahu Elewsmart Sg. Buloh kena pec4h masuk 3.30 pagi.
 
“Ada rakaman CCTV, dua lelaki pakai topi keledar,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Ebit turut berkongsi sekeping foto keadaan kedainya yang dipecah masuk.

View this post on Instagram

Sayu pagi ini bila dapat tahu Elewsmart sg buloh kena pecah masuk 3.30 pagi. Ada rakaman cctv. 2 lelaki pakai helmet. Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Semoga Allah beri pelajaran padanya. Pohon doa semua yer biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat disebalik semuanya. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha. Semua dari Allah kembali padanya. Ya Allah ganjarkanlah atas musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Difahamkan, sejumlah wang tunai dan barangan jualan berjaya dibawa keluar suspek.

Biarpun sedih, Ebit dalam entri berkenaan, menyifatkan apa yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri.
 
“Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Semoga Allah beri pelajaran padanya.
 
“Pohon doa semua ya, biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat disebalik semuanya.
 
“Ya Allah ganjarkanlah atas musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik,” tulisnya.
 
Di ruangan komen, rata-rata bersimpati dengan mus1bah yang meIandanya.
 
“Silap oranglah siapa yang pec4h masuk tempat Ustaz Ebit. Ramai yang doakan ni, doa orang teran1aya makbul. Semoga ada hikmah,” tulis salah seorang pengikutnya.

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Kedai Ebit Lew Dipec4h Masuk, 2 Lelaki Bertopi KeIedar Buat 0nar!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*