“Saya Pun Ada Rasa Lonely” 8 Tahun Menjanda, Oktovia Manrose Tak MenggeIupur Cari Suami Baru!

Biarpun sudah lapan tahun hidup menjanda, pelakon Oktovia Manrose tidak tergesa-gesa untuk mencari pengganti.

Kata Oktovia, 28, dia bagaimanapun tidak ser1k untuk berkahwin lain sekiranya bertemu dengan jodoh yang sesuai.

“Saya tidak terlalu memikirkan tentang perkahwinan pada masa sekarang… Mungkin disebabkan pengalaman dahulu membuatkan saya lebih senang untuk berada dalam ‘comfort zone’.

“Tetapi saya tidak ser1k untuk berkahwin lagi sebab saya pun ada juga rasa lonely (sunyi) tapi mungkin sebab saya ada anak dan ahli keluarga lain yang buat saya tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu,” katanya.

Dedah Oktovia, dia pernah dua kali menjal1nkan hubungan selepas bercera1 namun tidak bertahan lama.

“Saya pernah menjal1nkan hubungan dua kali selepas bercera1. Bagaimanapun, perhubungan ini tidak ke mana.

“Bukan travma mahu berkahwin semula, tetapi selagi lelaki tidak menunjukkan kesungguhan dan serius dalam perhubungan, saya akan bersikap seperti biasa dan tidak berlebihan.

“Setiap kali berdoa, saya sentiasa memohon dipertemukan dengan jodoh baik.

“Melihat adik, Aprena Manrose bertemu jodoh dengan lelaki baik dan memahami sudah tentu saya mohon ditemukan jodoh baik.

“Andai ditakdirkan hati saya sudah terbuka menerima lelaki dalam hidup, saya tidak akan bercinta lama dan mahu terus berkahwin,” tambahnya.

Pelakon filem Minah Moto itu berkahwin pada 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata Muhammad Rayyan Zafariel namun telah bercera1 dua tahun kemudiannya.

View this post on Instagram

One time is not enough. Im going to repeat it soon . There’s no more important than to make sure your body are in a good condition. Your body is your responsibility . Takkan kita nak buli badan kita kan , Alhamdulillah bila dapat tahu ada package ni tak susah lah untuk i lock date sebulan sekali atau dua kali mesti kena manjakan diri dengan massage kerana massage lah masa untuk kita letak tepi segala masalah kita. I minum tu air halia sebelum start massage bagi memudahkan lagi angin keluar , sangat sedap ye rasa dia ☺️ @cintaibu_hq ini bukan hanya ada untuk ibu mengandung sahaja tapi untuk package anak dara pun ada , siapa2 yang nak kahwin tu boleh lah buat persiapan dulu 😊 . Massage really can help people with anxiety , migraine, neck / back pain , blood circulation , hypertension, recovery from sports , muscle stiffness and even more. Sebulan dua kali pun dah cukup . Bila keadaan badan sihat , fikiran pun positive baru boleh nak buat kerja and enjoy life kan . ✌🏻@cintaibu_hq ❤️ #selfcare #loveyourbody #loveyourself

A post shared by WSPO (@oktoviamanrose) on

Sumber: Gempak

 

Be the first to comment on "“Saya Pun Ada Rasa Lonely” 8 Tahun Menjanda, Oktovia Manrose Tak MenggeIupur Cari Suami Baru!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*