Mira Filzah Umum Nikah Minggu Ini

Minggu lalu sudah pun selesai majlis khatam Al-Quran bersama adik perempuannya yang sudah pun selamat bernikah hujung minggu yang lalu, ramai tertanya-tanya bilakah giliran Mira Filzah pula yang akan melangsungkan pernikahan.

Bagaimanapun, segala tanda tanya mengenai hari pernikahan Mira Filzah dan bakal suaminya, Wan Emir Astar akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengesahkan bakal bernikah minggu ini.

Menerusi temubual bersama Malaysia Hari Ini ketika majlis khatam Al-Quran tempoh hari, Mira memberitahu dia bakal mendirikan rumah tangga minggu depan (minggu ini).

Malah, Mira memaklumkan bahawa siaran TV3 akan menjadi media rasmi bagi majlis perkahwinannya nanti.

Terdahulu, Mira berkata segala persiapan berjalan dengan lancar dan akui berdebar  menantikan hari pernikahannya dengan Wan Emir Astar. Ujarnya, majlis pernikahan dan resepsi akan diadakan secara kecil-kecilan berikutan negara kita masih belum menang memerangi Covid-19.

 

Sumber: Rotikaya

Be the first to comment on "Mira Filzah Umum Nikah Minggu Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*