Isteri Rizman Nordin Selamat Iahirkan Bayi Perempuan, Beri Nama Rizqaa

Pereka fesyen terkenal dan pemilik jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin mengumumkan isterinya, Nurida Suraya telah selamat meIahirkan bay1 perempuan mereka.

Berita gembira tersebut diumumkan Rizman menerusi laman sosial Instagram (IG)nya kira-kira pukul 11 pagi tadi (Rabu).

Dalam pada itu Rizman turut memberitahu, puteri mereka dinamakan sebagai Rizqaa yang membawa maksud rezeki dan kurniaan Allah SWT.

“Bismillahirahmanirahhim…Dengan nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang pemilik sekian alam. Alhamdulillah, telah Iahir insan yang di nanti…Princess Rizqaa.

“Rizqaa: A blessing, gift from Almighty (Rizqaa: rezeki, kurniaan Allah).

“Semoga Rizqaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama dan InshaAllah yang akan menghuni syurga Allah yang abadi.

Amin amin ya rabbalalamin,” tulisnya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut menitip ucapan tahniah disamping memuji kecomelan Rizqaa.

Rizman dan ahli perniagaan Nurida Suraya, sah bergelar suami isteri pada 13 September 2019.

View this post on Instagram

Bismillahirahmanirahhim.. dengan Nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang.. pemilik sekian alam. Alhamdulillah, telah lahir insan yang dinanti.. Princess Rizqaa Rizqaa: A blessing, gift from Almighty. Semoga Rizqaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama, dan InshaAllah.. yang akan menghuni syurga Allah yang abadi.. Amin amin ya rabbalalamin.. Cc @nuridasuraya ❤️

A post shared by rizman nordin (@rizman.n) on

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Isteri Rizman Nordin Selamat Iahirkan Bayi Perempuan, Beri Nama Rizqaa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*