Sah Bernikah Ahad Lalu, Fendy Bakry Kongsi Foto Indah Sekitar Momen BergeIar Raja Sehari

Selepas sah bergelar suami kepada wanita pilihan hati yang dikenali sebagai Ayu, pelakon Fendy Bakry ada berkongsi beberapa foto bersempena hari bahagianya yang berlangsung pada Ahad malam.

Menerusi posting terbarunya di Instagram, Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri turut mengucapkan terima kasih atas doa yang dititipkan semua buatnya dan isteri.

Malah, bintang Mr Grey ini juga turut akui masih tidak menyangka dirinya sudah pun selamat menjadi suami orang.

“Terima kasih pada yang memberi ucapan dan doa kepada sy dan isteri. Begitu juga kami insan biasa juga mendoakn kesejahteraan buat anda semua.

“Semoga kita semua berada didalam lindungannya inshaAllah aamin.

“Sungguh tidak disangka yang sy jadi suami orang hahahaha. Tak pernah terlintas difikiran. Dulu selalu cakap “ah nk bina empayar dulu la baru kawin”.

“Sebenarnya dalam kita sudah berumahtangga pun kita boleh seiring untuk membina kerjaya sama2..apatah lagi untungnya sebab ada backbone yg kuat kihkih.

“Last minute punya persediaan weh,” tulis Fendy sambil turut memberikan kredit kepada semua pihak terlibat.

“Alhamdulillah @ehfanibrahimofficial sudi membantu untuk menyediakan busana bt kami berdua. Sememangnya hasil dia telah sy beri kepercayaan selama 9 tahun.. lama wooo guna khidmat dia hihi.

“Makeup plak dari @firz_razali .. sememangnya kalau sy g event memana pun sy akan guna khidmat dia. Mula2 dia akan mak esahkn muka sy pastu bru dia makeup.. hahahaha lawak ja.. ( Hampa bukan leh kira,ambk serius ).

“Apa2 terima kasih mendoakan sy, terutama @fendynisme yang sentiasa ada. Teruskn support kerjaya sy sebagai seorang ank seni.’

“Kerjaya sy seiring dengan sokongan anda semua. Semangat anda sy tumpang untuk terus berkarya. Love u lahhhh! Terima kasih semua,” Ucapnya panjang lebar.

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini difahamkan bernikah selepas waktu Isyak di Setia Alam, Shah Alam.

Majlis tersebut  hanya dihadiri kira kira 30 orang keluarga terdekat pengantin dan jemputan.

Sebelum mendirikan rumah tangga, mereka meng1kat tal1 pertunangan Mac lalu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa kerana pandem1k Covid 19.

View this post on Instagram

Terima kasih pada yang memberi ucapan dan doa kepada sy dan isteri.. Begitu juga kami insan biasa juga mendoakn kesejahteraan buat anda semua.. Semoga kita semua berada didalam lindungannya inshaAllah aamin.. . Sungguh tidak disangka yang sy jadi suami orang hahahaha.. Tak pernah terlintas difikiran.. Dulu selalu cakap “ah nk bina empayar dulu la baru kawin”.. Sebenarnya dalam kita sudah berumahtangga pun kita boleh seiring untuk membina kerjaya sama2..apatah lagi untungnya sebab ada backbone yg kuat kihkih.. . Owh pot pet plakkan hahaha..😅 . Last minute punya persediaan weh😱😱 . alhamdulillah @ehfanibrahimofficial sudi membantu untuk menyediakan busana bt kami berdua..🕺🏽💃🏽 Sememangnya hasil dia telah sy beri kepercayaan selama 9 tahun.. lama wooo guna khidmat dia hihi.. . Makeup plak dari @firz_razali .. sememangnya kalau sy g event memna pun sy akan guna khidmat dia.. Mula2 dia akan mak esahkn muka sy pastu bru dia makeup.. hahahaha lawak ja.. ( Hampa bukan leh kira,ambk serius ). . Owh.. photo plak dari saudara @ohhfiras .. Brader nie sy duk bwh meja pn dia masuk bawah meja hahahahaha.. . Apa2 terima kasih mendoakan sy.. terutama @fendynisme yang sentiasa ada.. teruskn support kerjaya sy sebagai seorang ank seni.. kerjaya sy seiring dengan sokongan anda semua.. Semangat anda sy tumpang untuk terus berkarya.. Love u lahhhh!!! . Terima kasih semua..

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry) on

Foto: Instagram Fendy Bakry

 

Sumber: MH

Be the first to comment on "Sah Bernikah Ahad Lalu, Fendy Bakry Kongsi Foto Indah Sekitar Momen BergeIar Raja Sehari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*