Rupanya Ini Indentiti Pemilik Burger. Kata-Kata Padu Beliau Kpd KP Sg Buloh Slps PoIis Buat Repot Terhadapnya.

Seorang individu tampil mendedahkan terdapat kegiatan premis perjvdian serta penjualan rkok selvdup di kawasan Sungai Buloh dan tidak mendapat tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.

Dakwaan yang dimuatnaik dalam bentuk video tersebut tular sejak pagi ini dan mendapat perhatian orang ramai.

Video pertama berdurasi 13 minit 28 saat sudah ditonton oleh 3.6 juta orang selepas 18 jam disiarkan, manakala satu lagi video berdurasi 8 minit 29 saat ditonton oleh 1.4 juta penonton.

Sementara itu menerusi video itu juga, individu terbabit berkata sekiranya dia m4ti disebabkan pendedahannya itu, orang ramai tahu siapa yang perlu dicari.

” Saya minta tolong share benda ni, kalau kata saya m4ti, benda ni dan video ini dah tersebar.

” Sebab saya kemungkinan akan dibvnuh. Saya nak lari bawa anak isteri saya untuk sembunyikan diri buat masa ini.

” Ini kerana kedai juudi pasti akan tutup malam ini, sebab video ini pastinya sekejap sahaja kecoh.

” Kalau saya m4ti, tuan-tuan tahulah nak cari siapa. Saya harap sangat KP Johor ( Datuk Ayub Khan) datang tukar jadi KP Selangor. Sebab KP Selangor tak tegas macam KP Johor, kami suka KP Johor..

Rupanya pengasas Hot Burger Malaysia

Dalam pada itu menerusi satu video terkini diperolehi, rupanya individu yang mendedahkan perkara tersebut adalah Tuan Hj Asri Hamid yang juga merupakan pengasas Hot Burger Malaysia.

” Saya nak komen baru tadi KP Sungai Buloh buat sidang media kata poIis buat Iaporan ke atas saya mengatakan saya buat tohm4han.

” Macam ni lah, sebenarnya ini bukan tohm4han tapi ini cerita betul,

” Sepatutnya ketua poIis tu hubungi saya ucap terima kasih, hantar bunga kat saya..sepatutnya begitu lah, sebab saya dah bagi maklumat” ujarnya.

Terdahulu PoIis Diraja Malaysia (PDRM) membuat Iaporan poIis berhubung video dakwaan f1tnah dan tohm4han yang ditularkan seorang lelaki semalam.

Ketua PoIis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, Iaporan dibuat seorang pegawai poIis susulan video tular pemilik akaun Facebook ‘Asri Janggut’.

” Dalam video berkenaan juga didapati pemilik akaun berkenaan tidak berpuas hati atas tindakan penyitaan ke atas gerai burger milik beliau yang dilakukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

” Pengadu merasakan video yang tular di media sosial berkenaan boleh menimbulkan f1tnah dan merosakkan imej pengadu sebagai Ketua PoIis Balai Sungai Buloh, Ibu Pejabat PoIis Daerah (IPD) Sungai Buloh, PDRM dan kredibiliti Ketua PoIis Selangor,” katanya pada sidang media, di Sungai Buloh, hari ini.

Shafa’aton berkata, susulan maklumat berkenaan sepasukan poIis daerah Sungai Buloh membuat enam serbuan di Bandar Baru Sungai Buloh seperti yang ditularkan.

” Dalam serbuan berkenaan poIis menahan dua lelaki warga Bangladesh selain merampas empat tablet dan wang tunai RM114.

” Manakala lima lagi serbuan di tempat berlainan mendapati premis berkenaan tidak beroperasi, jelas ia adalah tohm4han,” katanya.

Menurutnya, sebelum video berkenaan ditularkan, poIis sudah membuat serbuan di beberapa lokasi yang dikenal pasti menjalankan perniagaan haram ini.

” Apa yang ditularkan itu adalah f1tnah sehingga mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.

” Saya menyeru kepada orang ramai supaya menyalurkan kepada orang ramai maklumat-maklumat melalui saluran yang disediakan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://www.asiakini.com/

Be the first to comment on "Rupanya Ini Indentiti Pemilik Burger. Kata-Kata Padu Beliau Kpd KP Sg Buloh Slps PoIis Buat Repot Terhadapnya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*