Seorang jururawat p0sitif Cov1d-19, semua yang mendapat raw4tan di klinik kesihatan sedang dikesan

JABATAN Kesihatan Negeri (JKN) Perak sedang menjalankan aktiviti pengesanan dan ujian saringan kontak rapat C0v1d-19 termasuk semua pes4kit yang dir4wat seorang anggota kesihatan di sebuah klinik kesihatan di Ipoh.

Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, ia berikutan anggota kesihatan yang dimaksudkan merupakan k3s positif C0vid-19 yang dilaporkan semalam.

Beliau berkata, anggota kesihatan itu sudah menjalani saringan selepas menunjukkan gejala j4ngkitan saluran pernafasan di sebuah klinik kesihatan pada Rabu lalu sebelum ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) C0vid-19 mendapatinya positif pada keesokannya.

“Ketika ini, anggota terbabit sudah dimasukkan ke hospital untuk menerima raw4tan lanjut.

“sias4tan rapi untuk mengesan punca j4ngkitan masih dijalankan.

“Saringan awal ke atas lima orang kontak keluarga yang tinggal serumah dengan anggota ini didapati negatif untuk C0vid-19,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Dr Ding berkata, pihaknya mengambil maklum mesej tular di media sosial membabitkan seorang lelaki yang mar4h terhadap tindakan anggota kesihatan itu masih menjalankan tugas meskipun mempunyai gejala j4ngkitan saluran penafasan.

Terdahulu, tular di Facebook, seorang lelaki menyatakan isteri dan anaknya diminta untuk membuat saringan selepas seorang anggota kesihatan yang menjalankan tugas di kemudahan berkenaan positif C0vid-19.

Turut dinyatakan, isteri dan anaknya menerima raw4tan daripada jururawat berkenaan ketika menjalankan pemeriksaan rutin di klinik kesihatan itu.

Mengulas lanjut, Dr Ding berkata, anggota kesihatan berkenaan sebelum ini mempunyai gejala Influenza Like Illness (ILI) dan bukan diletakkan sebagai pes4kit dalam sias4tan (PUI) untuk j4ngkitan C0vid-19.

“Anggota itu juga tidak mempunyai sejarah mengunjungi kawasan yang sedang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kedah dan tiada sejarah kontak rapat dengan mana-mana kes positif C0vid-19 sebelum ini.

“Sepanjang menjalankan tugas dalam tempoh ini, anggota ini sentiasa memakai pelitup muka dan mengamalkan kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pensanitasi tangan,” katanya.

 

Sumber: Hmetro via Mudah Terhibur

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Be the first to comment on "Seorang jururawat p0sitif Cov1d-19, semua yang mendapat raw4tan di klinik kesihatan sedang dikesan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*