Hisap Vape Dalam Dewan Rakyat, Hishamuddin Did3nda KKM

Selepas memohon maaf secara terbuka kerana menghisap rokok elektronik (vape) dalam Dewan Rakyat semalam, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengaku di d3nda Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Luar itu menerusi akaun Twitternya membal4s hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna media sosial itu yang dikenali sebagai @chandhirha, mengakui kesilapannya dan memberitahu akan membay4r d3nda dikenakan KKM.

“Yes, it was a mistake and I admitted it. I have always maintained that no one should be above the rules. @KKMPutrajaya has compounded me, and I will pay the fine. (Ya, ia satu kesal4han dan saya akuinya. Saya akui tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang. KKM telah mengenakan denda saya akan bayar),” ciapnya membal4s hantaran tersebut.

Terdahulu, Hishamuddin telah mengemukakan permohonan maaf di Twitter dengan membal4s hantaran dibuatMhd Shamin selepas tindakan menghisap rokok vape dalam Dewan Rakyat dirakamkan.

“Maaf, saya tidak sedar. Ia adalah tabiat baru.

“Saya minta maaf kepada Dewan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” ciapnya.

Mhd Shamin sebelum itu berkongsi klip video berdurasi sembilan saat di Twitter yang menunjukkan Hishamuddin menghisap vape sambil memakai pelitup muka semasa persidangan sedang berjalan.

Permohonan maaf yang dibuat Ahli Parlimen Sembrong itu mencetvskan pelbagai reaksi dengan ada yang memuji sikap jujur beliau selain ada yang mengec4m tindakan itu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Hisap Vape Dalam Dewan Rakyat, Hishamuddin Did3nda KKM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*