“Kalau terpijak, keluar habis isi perut!” – Detik cemas tapi fun di malam berinai… Plan tak menjadi, jurugambar nyaris hempap 7 gadis pingitan

 

TUGAS sebagai jurugambar tidaklah semudah yang disangka.

Malah, banyak cabaran yang mereka lalui demi mendapatkan gambar yang indah dan bermakna.

Tular di Twitter video melibatkan seorang jurugambar lelaki yang berkain pelikat terjatuh dari kerusi sewaktu sesi photoshoot malam berinai.

Jurugambar yang juga abang ipar kepada pengantin perempuan dilihat terhoyong-hayang di atas kerusi sebelum terjatuh ke lantai bersama kameranya.

Lebih menghiburkan, terdapat tujuh gadis sedang berposing di lantai termasuklah pengantin perempuan itu sendiri.

Berlaku pada Jun 2019, video berkenaan bagaimanapun tular pada Isnin lalu selepas dikongsi oleh rakan kepada pengantin iaitu Nur Syakila Saifullizam sehingga menerima lebih 330,000 tontonan di Twitter.

Perkongsian Kila yang tular di Twitter.

“Saya sebenarnya baru berjinak-jinak dengan Twitter. Sewaktu tengok gambar dan video dalam galeri telefon, saya jumpa video lama sewaktu majlis kahwin kawan tahun lepas.

“Masa tu malam berinai, kami shoot gambar di rumah pengantin. Atas lantai ada tujuh orang termasuk pengantin perempuan.

“Jadi abang ipar pengantin naik atas kerusi untuk ambil gambar kami. Jurugambar tu sebenarnya dah plan dengan isterinya untuk pura-pura jatuh, tapi dia betul-betul jatuh,” jelasnya yang mesra disapa Kila.

Bila ingat semula, itu kali pertama berlaku. Kalau video dah padam pun, memang akan ingat sampai bila-bila.

NUR SYAKILA SAIFULLIZAM

RAKAN PENGANTIN

Bercerita lanjut kepada mStar, Kila mengakui terkejut dan takut apabila turut sama menyaksikan detik cemas tapi menghiburkan itu.

Katanya lagi, kenangan itu pastinya akan tersimpan di ingatan sampai bila-bila dan menjadi memori bermakna buat pengantin serta rakan-rakan yang terlibat.

“Rasa macam nak m4ti. Terkejut dan takut pada masa tu. Memang kami menjerit. Selepas itu kami ketawa tak berhenti.

Antara gambar yang dirakam sewaktu majlis berinai.

“Bila ingat semula, itu kali pertama berlaku. Kalau video dah padam pun, memang akan ingat sampai bila-bila,” ujarnya lagi.

Selesai malam berinai, pasangan pengantin Nur Shahira Wahida dan suami, Wan Mohd Jabir dinikahkan pada keesokan harinya di Kampung Padang Lalang, Langkawi, Kedah.

Pasangan itu sebelum ini pernah mendapat liputan mStar apabila tular mengenai kisah mereka saling membantu mengumpul wang untuk majlis perkahwinan.

Pasangan ini pernah tular berkaitan kisah berkongsi wang untuk membuat majlsi kahwin pada tahun lalu.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meningg4lkan komen menerusi ruangan balas posting video berkenaan.

Selain terhibur, mereka turut menyuarakan rasa risau sekiranya kamera milik jurugambar berkenaan rosak akibat terjtuh di atas lantai.

Namun kata Kila, semuanya selamat dan tiada sebarang kecederaan berlaku.

Pengantin bersama rakan-rakan pada malam berinai.

“Akhir sekali mereka tak akan ingat gambar tapi akan ingat kisah di sebalik gambar.

“Kalau landing baik kat kaki tu mahu koma setahun photographer ni.

“Kalau terpijak, terkeluar habis isi perut,” tulis beberapa netizen yang berjenaka mengenai video itu.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Risau tengok mangsa2 menjerit ketakutan. Salute abg cameraman, sanggup ambil risiko demi gambar terbaik. #mstaronline #mstarMoi (Kredit: Kylasaifullizam)

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial) pada

sumber: mstar

Be the first to comment on "“Kalau terpijak, keluar habis isi perut!” – Detik cemas tapi fun di malam berinai… Plan tak menjadi, jurugambar nyaris hempap 7 gadis pingitan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*