Meriah Giler Bila Ultraman And The Geng Jadi Superhero Atas Pelamin.

Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang jurugambar perkahwinan profesional, dia telah memuat naik gambar-gambar menarik satu pasangan pengantin bersama keluarga sebelah perempuan ketika majlis persandingan.

Apa yang mencur1 tumpuan warganet adalah kostum yang dipakai oleh adik-beradik pengantin perempuan yang menyerupai superhero-superhero terkenal di kaca televisyen. 

Jurugambar yang dikenali sebagai Fadhil Aman Ahyat ini telah mengambil gambar pasangan mempelai Syahiera Sabri dan Izzul Azzuan di Kelantan tempoh hari.

Menurut kapsyen yang ditulis oleh Fadhil, kesemua individu yang memakai kostum superhero itu adalah adik-beradik pengantin perempuan yang juga merupakan anak bongsu dalam keluarga.

 

Sumber : Fadhil Aman Ahyat II

Be the first to comment on "Meriah Giler Bila Ultraman And The Geng Jadi Superhero Atas Pelamin."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*