Boleh Ker Hebohkan Pertunangan? Ini ‘Penjelasan’ Pu Azman.

Sebelum pasangan mahu mendirikan rumah tangga pastinya sesetengah mereka akan memilih untuk melalui fasa pertunangan terlebih dahulu barulah seterusnya ke perkahwinan.

Tempoh pertunangan juga bergantung kepada pasangan, ada yang mengambil masa yang lama dan ada juga yang sebaliknya.

Namun begitu, ada sesetengah pasangan juga lebih memilih untuk terus berkahwin tanpa melalui fasa pertunangan terlebih dahulu. Bagaimanapun, ia merupakan keputusan antara pihak masing-masing.

Hebohkan pertunangan?

Rasanya kita seringkali mendengar, fasa pertunangan tidak mudah dihadapi oleh pasangan menyebabkan ada yang mampu bertahan dan sebaliknya. Ini menyebabkan ramai mengatakan ada baiknya untuk dirahsiakan daripada dihebohkan kepada ramai.

Bagaimanapun, posting daripada PU Azman mendapat perhatian ramai mengenai isu ini yang menjelaskan topik ‘boleh ker hebohkan pertunangan’.

“Takda dalil sohih yang larang hebohkan pertunangan. Dan takda dalil sohih yang wajibkan sembunyi pertunangan. Ikut memasinglah. Timbangkan antara risiko dan faedah.

“Kalau hebohkan, ada jugak faedahnya, bila orang lain tahu, takda yang nak caras/potong line tunang orang lain. Kalau beriyer pulak heboh, nanti ganggu mental kalau putus sebab ramai dah tahu. So, ikut koranglah. ” tulisnya dilaman Instagram.

50843362_320811675443375_4229972093299730726_n-tile

Perkongsian pendakwah ini juga meraih perhatian ramai pengikut dengan lebih 30 ribu tanda suka diberikan.

Sumber: PU Azman

Be the first to comment on "Boleh Ker Hebohkan Pertunangan? Ini ‘Penjelasan’ Pu Azman."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*