Guna Yogurt Pun Boleh Buat Masker? Jom Cuba Hari Ini!.

Penjagaan muka perlu dititik beratkan dalam kehidupan seharian. Wajah kita perlu dijaga kerana kita akan berjumpa dengan ramai orang. Takkan nak biarkan kulit muka kusam je?  Dalam penjagaan kulit muka kali ini kami ingin berkongsi kepada anda tentang kebaikkan yogurt.

Bukan sahaja untuk badan malah bagus untuk muka juga. Ini tips iaitu penggunaan YOGURT sebagai MASKER muka. Tips ni sangat berkesan untuk diri anda. Lagipun yogurt ni murah rm2.50 sahaja tapi boleh guna berkali-kali.

Kebaikkan yogurt :

  • Sebagai agent pencerah semulajadi
  • Melembapkan muka
  • Merawat jerawat
  • Anti-penuaan
  • Merawat sunburn (yes ni betul meredakan dan menguragkan kesan terbakar pada wajah)
  • Membuang kulit m4ti

1. Ambil dalam 1 – 2 sudu yogurt

Letak je atas penutup dia. Anda juga boleh ambil mangkuk lain untuk meletakkannya. Baki yogurt tu simpan sebab boleh pakai lagi lain kali.

2. Sapu yogurt tu kat muka

Sapu rata ke bahagian muka anda dengan lembut. Jangan letak terlalu banyak sangat okay. Kalau yang ada biji strawberry tu tak perlu asingkan, letak sahaja.

3. Tunggu sehingga 15 – 20minit masker untuk kering

Sudah kering, bilas dengan air bersih. Lebih mudah jika gunakan wet tissue terlebih dahulu supaya senang untuk lap. Dan siap!

 

Sumber : Nurul izzati ibrahim via Rasa

Be the first to comment on "Guna Yogurt Pun Boleh Buat Masker? Jom Cuba Hari Ini!."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*