Kreatif! Dua Pemuda Ubahsuai Motor ‘Boleh’ Redah Banjir.

Siapa sangka anak muda di Malaysia cukup kreatif dan inovatif dalam membina sesuatu. Binaan mereka disesuaikan dengan keadaan semasa membolehkan ia digunakan bila diperlukan.

Jika semalam tul4r dengan seorang lelaki membina bot sendiri untuk digunakan ketika banjir, kali ini dua pemuda dari Terengganu ini pula mengin0vasi dan mengubahsuai motosikal supaya boleh mered4h banjir.

Musim penghujung tahun dan monsun menyebabkan beberapa kawasan di pantai timur ditenggelami air. Saban tahun menghadapi situasi ini, penduduk di sana mula menjadi kreatif dengan cara tersendiri.

Baru-baru ini dua pemuda yang mengubahsuai motosikal menjadikan ia boleh meredah banjir menjadi perhatian ramai. Pemuda itu ialah Ikram Shahidi Mat Kail, 24 dan adiknya, Muhammad Zakaria, 22 tahun. Kedua mereka pada awalnya memulakan projek itu kerana perasaan ingin tahu.

motor redah banjir 5

Menariknya dua beradik ini yang juga pemilik bengkel motor hanya mengambil masa 2 jam sahaja untuk menyiapkan pengubahsuaian ini. Motosikal yang mereka gunakan adalah Modenas Kriss 110 dan Honda C70.

Menerusi video yang dikongsikan Bernama, mereka berdua mengubahsuai tangki minyak dengan menggunakan botol plastik, karburetor dan saluran udara ke karburetor dan hujung paip ekzos diletakkan di tempat tinggi untuk membolehkan misi motosikal ini meredah banjir berjaya.

Tonton video demonstrasi yang dikongsikan oleh Bernama ini:

Sumber: Bernama

Be the first to comment on "Kreatif! Dua Pemuda Ubahsuai Motor ‘Boleh’ Redah Banjir."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*