Hukum Solat Guna Pakaian Yang Terkena Percikan Air L0pak Yang Diragui Kesuciannya.

SOALAN:

Saya suka berjalan kaki untuk ke surau taman perumahan saya yang jaraknya tidaklah terlalu jauh dari rumah saya. Ada satu hari semasa saya sedang berjalan menuju ke surau, ada satu motor terl4nggar lopak air dan tidak semena-mena percikan air tu terkena baju dan seluar saya. Saya ragu-ragu sama ada air yang terpercik itu suci atau tidak. Kalau saya balik tukar baju t4kut terlewat nanti. Jadinya saya terus ke surau dan terus solat. Bagaimana dengan situasi saya ini ustaz? Perlukah saya ulang semula solat sebab ragu-ragu dengan kesucian air lopak yang terpercik ke pakaian saya? Mohon pencerahan.

JAWAPAN:

Di antara syarat sah solat adalah pakaian, tempat dan badan mestilah bersih daripada n4jis. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ

“Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.” (Surah Al-Muddathir: 4)

Sheikh Dr Wahbah Al-Zuhaili di dalam tafsirnya menyebut bahawa ayat itu bermaksud jagalah pakaian daripada naj1s dan k0toran. (Rujuk Al-Tafsir Al-Munir, 29/210).

Begitu juga di dalam sebuah hadis yang diriwayatakan daripada Abu Hurairah. Beliau berkata:

أَنَّ خَوْلَةَ بِنْتَ يَسَارٍ أَتَتِ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَتْ : يَا رَسُولَ اللهِ إِنَّهُ لَيْسَ لِي إِلاَّ ثَوْبٌ وَاحِدٌ وَأَنَا أَحِيضُ فِيهِ فَكَيْفَ أَصْنَعُ ؟ قَالَ : إِذَا طَهُرْتِ فَاغْسِلِيهِ ، ثُمَّ صَلِّي فِيهِ . فَقَالَتْ : فَإِنْ لَمْ يَخْرُجِ الدَّمُ ؟ قَالَ : يَكْفِيكِ غَسْلُ الدَّمِ وَلاَ يَضُرُّكِ أَثَرُه

Khaulah binti Yasar datang bertemu dengan Nabi SAW. Beliau berkata: “Wahai Rasulullah aku tiada pakaian melainkan satu helai sahaja dan ada kesan ha1d pada pakaian tersebut. Bagaimana perlu aku lakukan?” Baginda SAW menjawab: “Jika engkau telah suci, bersihkanlah pakaian tersebut kemudian solatlah menggunakan pakaian itu.” Khaulah berkata lagi: “Jika tiada d4rah yang keluar?” Nabi SAW menjawab: “Cukuplah sekadar basuh d4rah ha1d dan kesannya tidak memudaratkan engkau (boleh digunakan untuk solat dan sebagainya).” [Riwayat Abu Daud (365)]

Ini menunjukkan dar4h tersebut jika terkena pada pakaian maka wajib untuk dibasuh dan dihilangkan n4jis tersebut. Jika ianya bukan naj1s sudah pasti Nabi SAW tidak memerintahkan sedemikian rupa.

Air yang bertakung boleh menjadi naj1s dan tidak suci jika terdapat di dalamnya naj1s dan mengubah warna, rasa dan baunya. Namun jika air yang naj1s tadi berubah maka ia dianggap sebagai suci. (Rujuk Al-Mu’tamad Fi Al-Fiqh Al-Syafi’i , 1/41)

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, jika air tersebut tidak dapat dipastikan sama ada ianya bernaj1s atau tidak, maka air yang terkena baju saudara dianggap sebagai suci. Ini berdasarkan kaedah:

الْأَصْلُ بَقَاءُ مَا كَانَ عَلَى مَا كَانَ

“Asal bagi satu hukum adalah kekal seperti mana hukum sebelumnya.”

Tambahan pula kenaj1san air lopak tersebut tidak dapat dipastikan secara yakin melalui bukti-bukti. Namun, jika saudara meyakini bahawa air lopak tersebut adalah naj1s disebabkan ada bukti-bukti yang meyakinkan seperti melihat anjing membuang air di situ dan air tersebut terkena pada pakaian saudara, maka wajib untuk diulangi semula solat yang telah dilakukan. Ini kerana di antara syarat sah solat adalah wajib memastikan pakaian yang dipakai dan digunakan di dalam solat bersih dan suci daripada naj1s.

Kesimpulannya, jika tidak dapat dipastikan bahawa air lopak tersebut suci ataupun tidak, maka air yang terpercik ke pakaian saudara itu dianggap sebagai suci. Adapun jika saudara melihat secara jelas air lopak menjadi naj1s disebabkan beberapa faktor seperti melihat anjing kencing di situ, maka wajib untuk menggantikan solat yang telah dilakukan. Ini kerana di antara syarat sah solat adalah memastikan pakaian bersih daripada naj1s.

Semoga Allah memberikan kefahaman kepada kita semua. Wallahu’alam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan

 

Sumber: OhMedia

Be the first to comment on "Hukum Solat Guna Pakaian Yang Terkena Percikan Air L0pak Yang Diragui Kesuciannya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*