“Rezeki Terpijak” – Nelayan Temui Duit Dalam Perut Ikan.

REZEKI terpijak. Itulah yang dapat menggambarkan rezeki diperolehi seorang nelayan yang terjumpa sekeping wang kertas di dalam perut ikan diperolehinya.

Wang kertas 20 Dolar Australia (AUD) itu dilihat masih dalam keadaan baik.

Dylan Mizzi berkongsi penemuannya itu di dalam sebuah halaman Facebook dengan kapsyen ‘Mind blown. No word of a lie’.

“Itu penemuan terbaik. Kamu boleh menikm4ti makan malam dan sebotol b1r selepas itu.” kata seorang netizen.

Namun ramai netizen menyifatkan gambar tersebut sebagai satu penipuan.

Tetapi Dr Richmond Loh yang mengendalikan saluran YouTube The Fish Doctor memberitahu Yahoo News bahawa bahagian badan ikan dimana wang itu ditemui adalah konsisten.

Malah dia berkata wang itu ditelan secara semulajadi.

 

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Rezeki Terpijak” – Nelayan Temui Duit Dalam Perut Ikan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*