Lelaki Ini Hadiahkan iPhone ‘Boba’ Kepada Bapanya Buatkan Netizen Kagum Dan Terharu.

adi apalah sangat jika kita berkongsikan rezeki yang kita perolehi hari ini dengan ibu bapa kita. Tidak akan kurang sedikit pun bahkan rezeki untuk kita akan lebih bertambah jika berbuat baik dengan ibu bapa tercinta.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @Amsyarnaif, dia telah membuat kejutan kepada ayahnya dengan menghadiahkan sebuah iPhone 11 yang menjadi kegilaan ramai ketika ini.

Menurut perkongsian tersebut, secara kebetulan bapanya telah datang ke Kuala Lumpur dari Kota Bahru atas urusan kerja dan ketika menghantar bapanya ke lapangan terbang untuk pulang ke Kota Bahru semula, dia telah menghadiahkan telefon tersebut yang diletakkan di dalam dashboard kereta.

Sehubungan dengan itu, perkongsian ini telah mendapat perhatian ramai kerana terharu dengan kejutan hadiah yang diberikan kepada bapanya. Rata-rata memuji sikapnya yang lebihkan ibu bapa daripada orang lain serta turut mendoakan agar pemuda tersebut dimurahkan rezeki kerana sudah membahagiakan bapanya.

Sifat yang ditunjukkan oleh pemuda ini boleh dijadikan contoh untuk orang muda diluar sana. Berbaktilah kepada ibu bapa sementara masih berpeluang.

 

Sumber: TheVocket

Be the first to comment on "Lelaki Ini Hadiahkan iPhone ‘Boba’ Kepada Bapanya Buatkan Netizen Kagum Dan Terharu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*