Netizen Cair Tengok Video The Rock Berborak Dengan Bayinya.

Jika dilihat dari rupa luaran, ramai yang mengg3runi akan aktor dan juga bekas ahli gusti terkenal iaitu Dwayne ‘The Rock’ Johnson. Tetapi tahukah anda bahawa The Rock merupakan seorang lelaki yang berhati lembut dan penyayang!

Pada April tahun lalu, lelaki berbadan sasa ini telah dikurniakan anak perempuan keduanya bersama pasangan tercinta, Lauren Hashian. Sejak itu, setiap gambar yang dimuat naik oleh The Rock menerusi laman Instagram akan menjadi tul4r.

Terdapat beberapa gambar dan juga video yang menjadi bualan ramai dan membuatkan netizen teruja melihat kecomelan yang dipaparkan oleh bapa itu. Baru-baru ini, The Rock yang sedang berehat di rumah bersama bayinya, Tiana Gia telah berbual bersama dan anaknya itu juga kedengaran seperti membalas semula percakapan bapanya.

Video berkenaan memaparkan Tiana ketawa dan mengekek apabila The Rock dan Lauren berkomunikasi dengannya di atas katil. Reaksi yang ditunjukkan oleh Tiana itu betul-betul menggeletek hati kedua ibu bapanya dan juga netizen.

The Rock juga mempunyai seorang anak perempuan berusia 17 tahun bernama Simone Alexandra hasil perkahwinan bersama bekas isterinya, Dany Garcia. Meskipun telah berp1sah sejak tahun 2007, pasangan ini masih lagi mengekalkan hubungan yang baik.

Bersama Lauren Hashian, The Rock dikurniakan dua lagi anak perempuan iaitu Jasmine Lia dan juga Tiana Gia. 

“Dia bergurau dengan saya tentang segalanya. Segalanya. Tiada apa yang terhad dalam rumah kita dan itulah keindahannya,” jelas The Rock yang menceritakan mengenai perhubungannya bersama Lauren.

Menerusi kapsyen yang dikongsikan di Instagram dan meraih reaksi daripada netizen, The Rock berkata:

“Bersyukur dan berbangga kerana dapat melahirkan seorang lagi perempuan yang kuat di dunia ini. Tiana Gia Johnson masuk ke dunia ini seperti kuasa alam semula jadi dan Mama @laurenhashianofficial melahirkannya seperti bintang rock.”

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Lauren Hashian (@laurenhashianofficial) pada

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Lauren Hashian (@laurenhashianofficial) pada

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Lauren Hashian (@laurenhashianofficial) pada

Tambah The Rock lagi, “Kepada anak perempuan saya yang ketiga, Tiana Gia, pegang kata-kata saya, saya akan menyayangi, melindungi, membimbing dan membuatkan awak ketawa untuk sepanjang hidup saya.”

Selain menunjukkan sikap yang penyayang kepada anak-anak, The Rock juga sangat mengasihi dan romantik terhadap Lauren. 

Adakah anda rasa The Rock merupakan seorang bapa yang terhebat di dunia. 

Sumber: therock|Instagram

Be the first to comment on "Netizen Cair Tengok Video The Rock Berborak Dengan Bayinya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*