Jangan Halau Kucing Yang Menghampiri Kita Ketika Sedang Menjamah Makanan.

Wajib kita ketahui bila kita sedang makan dan kucing menghampiri kita maka hendaklah kita jangan menghalaunya, Siapa yang tidak tahu bahawa Kucing merupakan seekor haiwan yang sangat comel dan sangat disukai ramai dari seluruh pelusuk dunia.

Wajahnya yang comel dan lucu serta ciri-cirinya yang pada umumnya kelihatan sangat manja, menjadi daya penarik supaya manusia menyukai kucing.

Nabi Muhammad SAW juga memelihara kucing dan diberi nama Muezza.

Walaupun kita tak memelihara kucing, ramai di antara kita pasti pernah didatangi oleh kucing ketika berbuat apa saja, contohnya ketika makan. Mungkin ada di antara kita yang suka memberi makan, tetapi sebahagian pasti ada yang menghalau kucing itu sebab dianggap mengganggu.

Bila perkara ini terjadi, jangan terus mengusir haiwan manja yang paling disayangi Nabi Muhammad SAW itu. Fikir sejenak kenapa kucing tersebut menghampiri kita dan bukan kepada orang lain yang juga tengah menjamah makanan yang sama?

Tahukah Anda kalau kucing yang datang itu tandanya membawa ‘pesan’ atau signal? Di bawah terdapat 3 tanda-tanda jika kucing datang pada kita.

Kehadiran kucing menandakan bahawa Allah SWT sedang mengingatkan kepada kita mengenai maksud ‘memberi’. Semua rezeki yang kita peroleh tidaklah kesemuanya hak kita. Ada hak-hak orang lain yang semestinya kita keluarkan.

Seperti zakat fitrah dan juga zakat harta yang harus kita keluarkan sebagai rukun islam yang perlu dipenuhi. Tanpa menunaikan ibadah tersebut, pasti kita sebagai umat Islam tak dapat menggerakkan syiar Islam yang harus ditegakkan.

Dalam konteks kucing yang datang waktu makan, mengingatkan kita bahawa kurniaan Allah yang kita terima harus juga disedekah kepada makhluk lain seperti kucing. Ertinya dalam makanan yang kita sedang jamah, terdapat jugak rezeki untuk kucing yang sepatutnya kita berkongsi.

Beri makanan pada makhluk Allah termasuk juga kucing adalah satu kebaikan. Sesuai dengan firman-Nya, Allah akan melipatgandakan satu kebaikan dengan 10 kali ganda kebaikan yang lain.

Terutamanya  jika kita memberi dengan penuh keikhlasan dan bukan dalam keadaan terp4ksa. Bila berbuat baik sesama manusia, pasti seseorang sering inginkan balasan yang sama dari orang lain.

Tetapi tidak bila manusia berbuat baik pada kucing. Haiwan comel ini pasti tak dapat membalas apa yang telah kita berikanlah terhadapnya. Jadi sewaktu kita memberi atau bersedekah kepada kucing, kita dapat belajar bagaimana ertinya memberi dengan penuh keikhlasan.

Allah tengah memberi tahu jika kita tak berikan makanan pada kucing itu, sesungguhnya kita tengah menepis rezeki baru yang bakal Allah berikanlah pada kita. Rezeki itu luas bukanlah hanya sekadar duit, namun mencakupi semua dalam kehidupan. Mudah-mudahan, kita semua termasuk dalam golongan yang mendapat hikmah dari kedatangan seokor kucing sewaktu kita tengah menjamah makanan.

Sumber :Islamituindah

Be the first to comment on "Jangan Halau Kucing Yang Menghampiri Kita Ketika Sedang Menjamah Makanan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*