Pengantin Jadikan Tomato Perhiasan Perkahwinan, ‘Lagi Mahal Dari Emas’

Jika di Malaysia, tomato bukanlah satu bahan mentah yang mahal kerana boleh didapati dengan harga kurang RM4 sekilogram. 

Namun, berbeza pula di Pakistan kerana dikatakan ia boleh mencecah sehingga RM8 sekilo, dua kali ganda harganya!

Ini menyebabkan sesetengah pihak berkira-kira untuk membeli buahan ini dan menjadi makanan bertaraf premium.

Kredit foto: Twitter

Terbaru, tular sebuah video menunjukkan pengantin di negara itu menjadikan tomato sebagai ‘barang kemas’ di badannya. 

Memetik laporan Times of India, pengantin perempuan Pakistan itu memilih tomato sebagai perhiasan berbanding emas dan barang kemas tradisional yang lain. 

Video menunjukkan perkahwinan wanita ini menjadi tular di laman sosial dan dia dengan bangganya memberitahu keluarganya menghadiahkan 3 kotak tomato. 

“Seperti yang anda tahu, harga emas amat tinggi begitu juga dengan harga tomato dan kacang pain.Oleh itu saya memutuskan untuk menggunakan tomato dan bukannya emas,” katanya.

Difahamkan, kenaikan mendadak harga tomato disebabkan tindakan Pakistan melarang import buah itu dari Iran, Afghanistan dan India. 

Sumber : CARI 

 

Be the first to comment on "Pengantin Jadikan Tomato Perhiasan Perkahwinan, ‘Lagi Mahal Dari Emas’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*