Suami Tak Mahu Cer4i Lufya, Mahk4mah Arah Lantik Pendamai

KEMELUT rumah tangga pelakon Lufya Omar terus berpanjangan apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum enggan mencer4ikan isterinya itu.

Sehubungan itu Mahk4mah Rendah Syariah Subang Bestari di Petaling Jaya memerintahkan pasangan itu melantik ahli jawatankuasa pendamai (JKP) dalam kes pencer4ian berkenaan.

Sehubungan itu Hakim Syarie Shukran Yusof menetapkan 10 Disember depan untuk kedua-dua pihak melantik wakil JKP mereka.

Sebelum ini Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 34, selaku plaintif memfailkan permohonan cer4i mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Lufya bersama anaknya, Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

Pada prosiding yang berlangsung pada Isnin, Lufya yang juga bintang Akademi Fantasi diwakili peguam syarie Fadhlina Siddiq manakala Dr Che Muhammad Hafiz diwakili peguam Muhammad Hilmi Musa.

Lufya ketika ditemui di luar mahk4mah meluahkan rasa pelik apabila suaminya enggan meneruskan pencer4ian.

“Pelik, sebelum ini Hafiz sudah hebohkan dia dah cer4ikan saya melalui Whatsapp namun tiba-tiba hari ini dia enggan meneruskan prosiding tersebut,” katanya .

Sementara itu Dr Che Muhammad Hafiz juga enggan mengulas mengenai keputusannya untuk menolak permohonan cer4i yang difailkan Lufya.

“Saya tak dapat ulas lebih lanjut mengenai keputusan hari ini, saya hanya mengikut nasihat daripada pihak peguam.

“Jawatankuasa pendamai  pun saya tak dapat dedahkan buat masa kini,” katanya.

Lufya dan Dr Che Muhammad Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

Sumber :Mstar

Be the first to comment on "Suami Tak Mahu Cer4i Lufya, Mahk4mah Arah Lantik Pendamai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*