Tajul Dah Bergelar Bapa! Pilih Nama Adriana Carissa

 

Penyanyi Tajul Ariff kini bergelar bapa selepas isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan anak sulung mereka malam tadi.

Berita gembira itu dikongsikan Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md. Shari, 21, menerusi satu entri di Instagram miliknya hari ini.

“Yeay! Alhamdulillah anak daddy Adriana Carissa selamat dilahirkan pada 16 November malam tadi jam 11.56 malam.

“Kita belanja gambar dia sedikit, Nanti dah besar baru boleh tunjuk muka dia okay,” kongsinya.

 

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Yeahh! Alhamdulillah anak daddy ADRIANA CARISSA @adrianacarissa_ selamat dilahirkan pda 16 November mlm tdi jam 11:56😘 kite lanje gambar dia skit, nti dia dh besar. Baru boleh tunjuk muka dia okay. Tq smua yg mendoakan, i love you so much sygg @icaaeddie ❤️#anakdaddyandmummy👨‍👩‍👧 #manjedaddy

Siaran dikongsi oleh 🎤🎵🎶 Official account . Tajul (@tajulofficial) pada

Menjengah di ruangan komen, pelantun lagu Sedalam Dalam Rindu itu menerima banyak ucapan tahniah termasuklah dalam kalangan rakan artis.

Tajul mendirikan rumah tangga pada 23 Disember 2017.

Bagaimanapun, hal itu dirahsiakan selama hampir dua tahun sebelum membuat pengakuan kepada umum mengenai status dirinya pada bulan lalu.

sunber: GEMPAK

 

 

Be the first to comment on "Tajul Dah Bergelar Bapa! Pilih Nama Adriana Carissa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*