Miller Khan belum tahu hbungan Isa dan Risteena “Kalau mereka pilih nak kahwin dan tanggvng risik0, baguslah”

 

PELAKON Miller Khan mengakui terkejut apabila mengetahui kekasih adiknya yang juga pelakon Isa Khan iaitu Nur Risteena pernah bertunang dengan ahli perniagaan dan sepatutnya berkahwin pada tahun ini.

Bagaimanapun, Miller, 32, berkata dia tidak mengetahui lebih lanjut mengenai hubungan cinta mereka memandangkan adiknya belum bersedia untuk berkongsi perkara itu.

“Saya agak terkejut juga bila dapat tahu Risteena sebelum ini sudah bertunang dan sepatutnya berkahwin pada tahun ini.

Netizen membuat andaian individu disebalik foto lelaki yang dikongsi Risteena adalah Isa Khan.

“Saya ada hubungi dia (Isa), cuma mungkin dia tak berani dan belum terbuka lagi nak kongsi mengenai hubungan cinta mereka itu.

“Bagi saya, masing-masing dah dewasa. Kalau mereka pilih untuk berkahwin, nak tanggung risiko dan bersedia dengan komitmen itu baguslah,” katanya kepada mStar.

Miller atau nama sebenarnya Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan ditemui ketika sesi fotografi bersama mStar di Menara Star, Petaling Jaya, pada Jumaat.

Risteena sebelum ini dikatakan sudah bertunang dan bakal berkahwin dengan pelakon dan ahli perniagaan, Ikhwan Khairudin sepatutnya berlangsung pada November ini.

 

“Saya agak terkejut juga bila dapat tahu Risteena sebelum ini sudah bertunang dan sepatutnya berkahwin pada tahun ini.”

MILLER KHAN

Pelakon

 

Bagaimanapun, khabar angin mengenai hubungan Isa dan Risteena mula menjadi perbualan hangat apabila aktres itu berkongsi video pendek di Instagram yang memperlihatkan dia disuap seorang lelaki.

Netizen mula membuat andaian bahawa individu disebalik perkongsian Risteena itu adalah Isa memandangkan aktor tersebut juga ada berkongsi foto seorang wanita tanpa mendedahkan wajah.

Menerusi laporan pada 31 Oktober lalu, Isa, 26, memberitahu dia hanya memerlukan sedikit masa lagi bagi membuat pengumuman istimewa termasuk mendedahkan identiti kekasihnya.

Miller rancang kahwin ketika usia cecah 40 tahun memandangkan kekasihnya masih muda.

Dalam pada itu, pelakon yang menempa nama di Indonesia ini memberitahu dia tidak kisah jika adik bongsunya itu ingin berkahwin terlebih dahulu.

Menurut Miller, dia merancang untuk menamatkan zaman bujang apabila usia mencecah 40 tahun berikutan kekasihnya masih muda.

“Tak apa la kalau dia nak kahwin terlebih dahulu sebelum saya. Adik saya yang seorang lagi iaitu Aliff pun sudah berkahwin.

“Mungkin perancangan untuk saya kahwin dalam sekitar usia 40 tahun. Lagipun kekasih saya masih muda,” ujarnya.

Sumber: mStar via KL PRESS

 

 

Be the first to comment on "Miller Khan belum tahu hbungan Isa dan Risteena “Kalau mereka pilih nak kahwin dan tanggvng risik0, baguslah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*