‘Jangan Dihilang Gerun Di Mata Pandangan Pasangan, Kelak Celakalah Badanmu’ – Sharnaaz Ahmad

 

Kemelut rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila makin meruncing apabila kedua-dua mereka tidak mencapai sepakat untuk bercerai. Mereka kemudiannya diarahkan menjalani proses timbang tara melalui Jawatankuasa Pendamaian (JKP).

Terbaru, Sharnaaz meluahkan perasaan di Twitter seakan memberi bayangan mengenai pergolakan yang dihadapinya ketika ini.

Status Twitternya semalam, Sharnaaz menyatakan dia enggan membuka aib sesiapa walaupun dia dimalukan dengan fitnah terhadap dirinya. Sempena hari Jumaat semalam, dia memohon pihak ditujukan tersebut dibukakan hati yang diselaputi dendam dan kebencian dalam diri.

Tambah mengejutkan, bapa kepada Jebat Jayden Ahmad ini menggelar pihak dimaksudkan sebagai syaitan bertopengkan dasar agama.

Dalam pada itu, Sharnaaz sempat menitipkan pesan untuk kaum lelaki supaya tidak dihilangkan rasa gerun pasangan kerana perkara itu boleh membawa binasa di kemudian hari. Sharnaaz juga menambah biar peranan lelaki sebagai ketua keluarga sentiasa digeruni dari hilang rasa hormat.

Untuk rekod, Sharnaaz dan Nabila diijabkabulkan pada 31 Mac 2017. Kisah rumah tangga mereka kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Noor Nabila memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz selepas berkongsi foto dipercayai Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sumber: Sharnaaz Ahmad via OHBULAN

 

Be the first to comment on "‘Jangan Dihilang Gerun Di Mata Pandangan Pasangan, Kelak Celakalah Badanmu’ – Sharnaaz Ahmad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*