Instafamous Kongsi Pendapatan Cecah Rm10k Ketika Usianya Baru 12 Tahun!

Zaman teknologi kini pelbagai manfaat yang boleh diperolehi penggunanya. Bergantung kepada kebijaksanaan pengguna yang menggunakan kemudahan teknologi yang ada dengan sebaiknya.

Jika bijak bolehlah perolehi pendapatan sampingan yang lumayan. Sama seperti gadis yang bernama Aliya Maisarah Ismail, 15 tahun. Menurutnya ketika usia 12 tahun dia sudah mendapat pendapatan RM10,000.

Apa yang dilakukan remaja ini adalah dengan melakukan ulasan berbayar (paid review) menggunakan laman Instagram miliknya sendiri.

Wow, lumayan juga pendapatan remaja ini biarpun ketika itu usianya baru 12 tahun sahaja!

Tambahnya lagi pada waktu itu dia mengenakan ulasan berbayar dengan bayaran RM30 untuk setiap ulasan dan RM40 untuk video.

Pada ketika itu, pemilik akaun Instagram @liyamaisarah_ ini menyedari pengikutnya di laman sosial itu bertambah saban hari kerana dia gemar berkongsikan foto wajahnya yang bersolek sendiri.

Cukup berbakat menyolek wajah sendiri di usia masih ‘separuh jagung’, keunikan Aliya ini menjadi tarikan ramai untuk mengikutinya di Instagram.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh 𝔏𝔦𝔶𝔞𝔪𝔞𝔦𝔰𝔞𝔯𝔞𝔥 ♥️ (@liyamaisarah_) pada

Selain itu dia juga aktif bermain aplikasi Musical.ly membuatkan secara tidak langsung pengikut di situ turut mengikutinya di Instagram dan sehingga kini dia memiliki 1.2 juta pengikut.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment on "Instafamous Kongsi Pendapatan Cecah Rm10k Ketika Usianya Baru 12 Tahun!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*