Benarkah Sya1tan Ada Di Bawah Rambut Orang Berjvnub?

SOALAN:

Adakah seorang yang sedang berhadas dengan hadas jan4bah itu wajib melakukan mandi dengan segera? Adakah harus dia tangguhkan akan mandinya itu kerana mahu melakukan kerjanya dahulu? Ini adalah kerana ada orang yang mengatakan ada hadith menyebut bahawa selagi tidak mandi junvb maka sya1tan duduk di bawah rambutnya dan setiap langkah dia berjalan maka Malaikat mel4knatnya?

JAWAPAN:

Hukum melakukan mandi janabah dengan segera adalah sunat dan tidak mengapa jika dia tangguhkan mandi selama belum mahu melakukan ibadat yang mewajibkan mandi terlebih dahulu seperti sembahyang.

Dakwaan ada hadith yang menyatakan sya1tan duduk di bawah rambut orang yang junuub dan Malaikat melakn4t setiap langkahnya ketika berjalan adalah dakwaan yang tidak benar.

Berkata Mufti Mesir Dr Ibrahim Syauqi ‘Allam:

لا يصح شرعًا شيءٌ مما انتشر بين العوام من أن الملائكة تلعن الجنب في كلِّ خطوةٍ، أو أنها تلعنه حتى يغتسل، أو أن كل شعرة فيه تحتها شيطان، ولا تجوز نسبته إلى النبي صلى الله عليه وآله وسلم، ومع ذلك ينبغي المسارعة إلى الطهارة من الجنابة ما استطاع المسلم إلى ذلك سبيلًا، وإلا فيستحب له أن يتوضأ إذا أراد معاودة الجماع أو الطعام أو النوم أو الخروج لقضاء حوائجه والتصرف في بعض شئونه، ولا يكون الجنب آثمًا بتأخيره غسلَ الجنابة ما لم يؤدِّ ذلك إلى تأخير الصلاة عن وقتها، فيأثم لتأخيره الصلاة عن وقتها.

“Tidak sah disisi syarak suatu pun apa yang tersebar di kalangan orang awam yang menyatakan bahawa Malaikat melakn4t orang yang juunub pada setiap langkahnya atau dilakn4t akan dia selama belum dia mandi atau berkata bahawa di bawah rambut orang juunub itu ada sya1tan. Tidak harus sama sekali menyandarkan perkataan sebegini kepada Nabi SAW.

Orang yang junuub itu sunat segera bersuci dari janabahnya apa yang dia mampu. Jika tidak mampu lagi melakukan mandi maka hendaklah dia berwudhu’ apabila dia hendak mengulangi bersetuubuh atau hendak makan atau tidur atau keluar kerana suatu hajat dan melakukan pekerjaan.

Tidaklah orang yang junuub itu berd0sa jika dia melambatkan mandi janab4h selama tidak membawa yang demikian itu kepada melambatkan s0lat di luar waktunya dari kerana berd0sa mengeluarkan solat dari waktunya.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus

Sumber: ohmediaislam

Be the first to comment on "Benarkah Sya1tan Ada Di Bawah Rambut Orang Berjvnub?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*