Gara2 Gelak Besar, Tulang Rahang Wanita Ini Terkehel.

Orang kata ketawa adalah penawar yang terbaik, tapi kadang kala ketawa berlebihan juga boleh mendatangkan kesakitan sehingga memerlukan rawatan.

Itulah yang terjadi kepada seorang penumpang wanita warga China ini apabila dia tidak dapat menutup mulutnya selepas ketawa besar di dalam kereta api.

Mujur terdapat seorang doktor di dalam kereta api itu yang datang untuk membantunya selepas dia dimaklumkan berkenaan seorang penumpang yang memerlukan perhatian medikal.

Apabila Dr Wensheng melihat keadaan penumpang itu yang tidak dapat bercakap atau menutup mulut  sehingga air liurnya meleleh keluar, dia menyangka wanita itu terkena str0k.

Tetapi selepas mengambil dar4h wanita itu dan diperiksa lebih lanjut, barulah dia sedar rahang wanita itu terkehel akibat membuka mulut terlalu besar.

Selepas dua kali percubaan, doktor itu berjaya membetulkan rahang penumpang tersebut. Wanita itu juga mendedahkan bahawa perkara itu pernah berlaku kepadanya semasa dia muntah ketika hamil.

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Gara2 Gelak Besar, Tulang Rahang Wanita Ini Terkehel."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*