[GAMBAR] 7 Kali Neelofa Bergaya Aneh Sampai Kena Kec4m Tapi Tetap Berjaya

Neelofa dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Beliau bukan sahaja berani mencuba sesuatu yang baru, tapi beliau juga sering muncul dengan penampilan yang luar dari kebiasaan tapi masih lagi memenuhi ciri-ciri santun.

Walaupun sering dikritik orang ramai, namun Neelofa tetap mempertahankan stail yang digayakannya. Bahkan, beliau tidak pernah sesekali pun menghiraukan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.

Baru-baru ini, Neelofa telah memuat naikan gambar percutiannya di Maldives di laman Instagram miliknya yang mana telah mendapat perhatian netizen kerana topi yang dipakai Neelofa semasa percutiannya itu disamakan dengan tikar mengkuang. Bukan itu sahaja, ada yang turut meng-edit topinya itu menjadi keropok ikan.

Di bawah adalah 6 kali Neelofa tampil rare tapi tetap berjaya untuk nailed it!

1. Turban ke beg itu?

Aksi Neelofa yang menggayakan turban menyerupai beg tangan telah menular apabila pengguna media sosial tampil menunjukkan kreativiti mempersenda penampilan artis popular berkenaan yang mana rata-rata netizen telah memuat naik gambar masing-masing meniru gaya turban dipakai pengacara itu.

2. Cermin mata 3D

Pada Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2018 yang diadakan dua bulan lalu, Neelofa tampil dengan pakaian, cermin mata dan kasut kesemuanya dari Gucci Brand. Pakaian ini bagaimanapun turut mendapat teguran daripada para netizen dengan menyamakan cermin mata yang dipakainya itu dengan cermin mata 3D.

3. Pelawak, Johan turut mempersendakan fesyen pouch bag ini

Mengenakan persalinan boxy atau longgar dan turban yang diilhamkan daripada pentas peragaan pereka fesyen antarabangsa, Marc Jacobs, stail ini juga turut mendapat kecaman netizen. Netizen mempersoalkan lilitan tudungnya itu yang dikatakan tidak mempamerkan ciri-ciri wanita berhijab, dan ada juga yang menyatakan pouch bag yang dipakainya itu seperti penjual ikan di pasar malam.

Fesyen pouch bag Neelofa ini sekali lagi jadi bahan lawak oleh dua pelawak terkenal Malaysia, Johan dan Zizan dalam rancangan Neelofa sendiri iaitu rancangan MeleTOP. Memang lucu habis bila Zizan kata betapa yakinnya Neelofa memakai baju seperti orang arab siap dengan pouch bag di pinggangnya.

Lihat video di bawah:

4. “Macam b4nduan dalam penj4ra” – Netizen

Image via Instagram Neelofa

Ketika menghadiri majlis pelancaran koleksi pakaiannya iaitu Naelofar La Dolce, pakaian yang digayakan oleh usahawan jelita itu telah mendapat kec4man hebat dari netizen. Rata-rata netizen kurang gemar dengan seluar yang dipakai oleh Neelofa yang dikatakan tidak sesuai di samping ada yang menyamakan pakaian belang-belangnya itu seperti bandu4n di dalam penj4ra.

5. Pakaian ini dikeca4m kerana penampakan susvk badan Neelofa

Image via Instagram Neelofa

Pada Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2018 yang diadakan pada yang lalu, Neelofa telah tampil memperagakan pakaian di bawah jenama The Melim Group di atas pentas peragaan. Walaupun beliau kelihatan anggun menggayakan jaket penuh berwarna perang namun rata-rata netizen memberi komen negatif mengenai pakaian tersebut. Mereka merasakan pakaian itu terlalu s33ksi kerana menampakkan bentuk tvbuh Neelofa yang agak ketara. 

6. Macam roti croissant pun ada

Image via Instagram Neelofa

Fesyen turban yang digayakan Neelofa sewaktu menghadiri acara jenama kosmetik terkemuka iaitu Lancome di Paris telah menjadi bualan netizen. Turban yang digayakan Neelofa itu mirip gaya tuala yang dipakai selepas mandi. Ada juga yang menyamakan bentuk turban itu dengan kuih karipap dan roti croissant.

Biarpun dikriitik hebat oleh netizen namun tidak kurang ada juga yang mengagumi bakat pelakon wanita itu kerana mampu dan berani menggayakan imej berkenaan dengan jayanya!

Image via Kopi Planet

Dalam satu temubual bersama Berita Harian, Neelofa mengaku sudah lali dengan kritikan dan komen neg4tif netizen.

“Pernahkah saya peduli dengan apa orang cakap? Kritiikan mereka tidak sedikitpun menjejaskan saya. Ini bukan kali pertama saya dikvtuk, malah sudah lali.

“Orang tidak faham dan mereka hanya tahu mengkritiik dan mengec4m. Sebagai seorang yang sentiasa didedahkan dengan fesyen yang menutup ini, patut berasa bangga. Saya tidak salahkan mereka, cuma mungkin mereka kurang arif kerana fesyen itu sangat subjektif,” katanya.

Work it, Lofa!

Pedulikan kec4man netizen!

Sumber : Seismik

Be the first to comment on "[GAMBAR] 7 Kali Neelofa Bergaya Aneh Sampai Kena Kec4m Tapi Tetap Berjaya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*