“Setiap minit dalam bilik bersalin, setiap kes4kitan yang saya lalui asyik teringat-ingat”

PELAKON Elfira Loy mendedahkan wajah dan mengumumkan nama bayi yang baharu dilahirkannya pada Selasa iaitu Muhamad Rayyan Khalaf Muhamad Faris.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 25, meluahkan perasaan syukur dengan kelahiran cahaya mata sulungnya itu secara normal dengan berat 3.68 kilogram.

“Semalam tidur bagai dibuai mimpi… setiap minit dalam bilik bersalin, setiap kes4kitan, setiap momen yang saya lalui asyik teringat-ingat.

Berita mengenai kelahiran itu turut dikongsi adik perempuan Elfira di laman Instagram.

“Ya Allah macam tak percaya.

“Ianya bayi lelaki… Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris.

“Lahir semalam, pada 1 Oktober 2019 pada pukul 5.40 petang seberat 3.68 kilogram, normal,” katanya.

Elfira berkongsi perkara itu menerusi posting yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Rabu.

 

Hidup terasa lengkap dan hati ini penuh rasa sayang. Love you my babyboy,

ELFIRA LOY

Pelakon

Dalam pada itu, Elfira berkata, dia berasa gembira malah hidupnya kini lengkap dengan kehadiran cahaya mata pertamanya itu.

“Terima kasih ya Allah, terima kasih keluarga, terima kasih sahabat, terima kasih semua yang mendoakan kami.

“Alhamdulillah, kami bersyukur dikurniakan bayi lelaki yang sihat.

“Hidup terasa lengkap dan hati ini penuh rasa sayang. Love you my babyboy,” tulisnya.

Elfira berkahwin dengan Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Semalam tidur bagai dibuai mimpi , every minutes in the labour room , every pain , ever moments i went through dia recap balik. Ya Allah macam tak percaya. terima kasih Ya Allah , terima kasih keluarga , terima kasih sahabat , terima kasih semua yang mendoakan kami . ————————————————————- . ITS A BABY BOY 🥳 . . Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris. Born yesterday , the 1st of October 2019 at 5.40pm weighing 3.68kg . Secara normal . Alhamdulillah syukur we are so greateful for our healthy little boy . Our world feels complete and our hearts are full with unconditional love. Love you my babyboi 💙

A post shared by 25 | 🇲🇾 | (@elfiraloy) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Syukur Alhamdulillah | 1.10.19

A post shared by 25 | 🇲🇾 | (@elfiraloy) on

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "“Setiap minit dalam bilik bersalin, setiap kes4kitan yang saya lalui asyik teringat-ingat”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*