“Turun Tengok Baby Lagi, Kadang Rasa Sebak Tapi Abah Kuatkan Juga…” – Sayunya Luahan Suami Abby Abadi

Suami pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria berkongsi perkembangan terbaru anak lelakinya yang dilahirkan secara pramatang pada 27 September lalu.

Menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya, Faizal atau lebih mesra dengan panggilan Jai meluahkan rasa syukur kerana perkembangan positif yang ditunjukkan oleh anaknya itu.

“Day 4… Baby D hari ni abah turun tengok baby lagi. Alhamdullilah perkembangan baby terus positif. Mancung hidung Baby D mesti ikut abah ni betul tak mama @abby_abadi112.

“Baby D dah kencing ya, abah pegang kaki baby terus kencing. Doktor kata itu perkembangan baik sangat-sangat lega hati abah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kepada Mu kami bersujud…Kau tunaikan setiap pemintaan kami ini…berikan kesihatan yang terbaik untuk Baby D kami . RepostBy @abby_abadi112: ““Setiap kesulitan pasti ada kemudahan” Semat dalam hati, kita antara yg terpilih.. ALLAH uji sebab ALLAH sayang @jaiezzany ♥️ . “Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana AKU ingin mendengar rintihannya” (HR Tabrani dari Abu Umamah) . ALLAH uji sebab ALLAH tahu kita mampu melaluinya. ALLAH uji sebab ALLAH rindu dengan suara kita 🤕 . Tenanglah duhai suami, terima ujian ia dengan redha dan ikhlas. “Setiap Kesulitan pasti ada kemudahan”. Yakinlah dgn ALLAH yg Maha Berkuasa lagi Maha Mencintai hamba2NYA . Bila diuji dengan kesakitan, inilah yg membuat kita saling menghargai & mengajar kita untuk jadi lebih kuat. Ujian inilah sebenarnya mematangkan untuk kita terus melalui kehidupan yang lebih mencabar dimasa2 akan datang. Doakan lah kami. Tak lalu jalan ni, kami takkan pernah tahu setakat mana “kekuatan” yg kami ada 😫 . Kami mengadu padamu ALLAH, kerana KAU lah sebaik-baik tempat mengadu. Menangis saat bersama. Memang tak tertahan dah air mata ini… Ketika ujian inilah sebenarnya KAU mengukur iman kami, semakin dekat atau jauh darimU . Doakan kami Sahabat. Ada yg kami tak mampu nk kongsikan dalam waktu ini. Hanya mengharapkan doa dari anda semua untuk mengubah takdir Baby kami . Terusss kuat ye suami 😭 . Semoga kita sama2 terus kuat utk terima apa sahaja yg ALLAH tentukan 😢😭😭 #MohonTerusDoa #UntukBabyDkami” (via #InstaRepost @AppsKottage)

A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on

“Baby D dah minum susu mama. Insya-Allah boleh jadi lebih kuat, abah akan hantar susu untuk baby tiap-tiap jam tiap-tiap hari. Jangan risau baby D akan terus dapat minum susu mama.

“Baby tiap kali abah jumpa baby, abah akan azan biar baby dengar, abah mengaji untuk baby terus kuat.

“Walaupun kadang kala tu rasa sebak, tapi abah kuatkan juga. Abah nak baby dengar betapa nikmatnya kalimah azan.

“Ramai yang doakan baby D tiap-tiap hari, semua nak baby sihat. Abah dan mama tak sabar nak peluk baby.

“Lupa nak bagitahu… Abang Daiyan dan Kakak Dayana pun datang ni tapi tak dapat tengok baby. Mereka tunggu baby balik rumah nanti ya.

“Abah dan mama sentiasa doakan baby D agar panjang umur, diberikan kesihatan yang terbaik, abah sayang baby, abah rindu baby.

“Abah harap baby terus kuat dan kuat… Kalau s4kit ini boleh ditukar ganti… Dah lama abah lakukan.

“Ya Allah, aku hamba yang hin4 dan tidak layak untuk aku meminta dengan Mu, tapi Engkau yang Maha Pemurah, Engkau yang menjadikan alam ini, Engkau yang boleh hidupkan yang m4ti, Engkau yang lebih berkuasa dari segala-galanya.

“Kau tunaikan setiap permintaan ku ini, panjangkan umur baby D, Kau berikan kesihatan yang terbaik untuknya… Kau berikan berita gembira untuk kami dan Kau hindarkan berita kedukaan untuk kami

“Sayang Abah… Jangan risau abah tetap bersama baby setiap masa… Kerana abah tidak akan jemu untuk perdengarkan azan, Al-Quran untuk baby… Biar r0h-r0h kalimah Allah terus bersama Baby D setiap saat dan waktu,” coretnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Day 4……Baby D hari ni abah turun tengok baby lagi…Alhamdullilah perkembangan baby terus positif . Mancung hidung Baby D…..mesti ikut abah ni betul tak mama @abby_abadi112 . Baby D dah kencing ya…abah pegang kaki baby terus kencing…Doc kata itu perkembangan baik sgt2…lega hati abah . Baby D dah minum susu mama, InsyaAllah boleh jadi lebih kuat….abah akan hantar susu untuk baby tiap2 jam tiap2 hari….jangan risau baby D akan terus dapat minum susu mana . Baby tiap kali abah jumpa baby, abah akan azan biar baby dengar…abah mengaji untuk baby terus kuat.. . Walaupun kdg kala tu rasa sebak, tapi abah kuatkan juga…abah nk baby dengar betapa nikmatnya kalimah azan… . Ramai yang doakan baby D tiap2 hari, semua nak baby sihat…abah dan mama tak sabar nk peluk baby . Lupa nak bagitahu…Abg Daiyan & Kakak Dayana pun datang ni tapi tak dapat tengok baby…mereka tunggu baby balik rumah nnt ya . Abah dan mama sentiapa doakan baby D agar panjang umur, diberikan kesihatan yang terbaik, abah sayang baby…abah rindu baby . Abah harap baby terus kuat dan kuat….kalau sakit ini boleh ditukar ganti…dah lama abah lakukan… . Ya Allah, aku hamba yang hina dan tidak layak untuk aku meminta dengan Mu, Tapi Engkau Yang Maha Pemurah, Engkau Yang menjadikan Alam ini, Engkau Yang boleh hidupkan yang mati, Engkau yang lebih berkuasa dari segala2nya . Kau tunaikan setiap permintaan ku ini, panjangkan umur baby D, Kau berikan kesihatan yang terbaik untuknya…Kau berikan berita gembira untuk kami dan Kau hindarkan berita kedukaan untuk kami . Sayang Abah…..jangan risau abah tetap bersama baby setiap masa…kerna abah tidak akan jemu untuk perdengarkan azan, alquran untuk baby…biar roh2 kalimah Allah terus bersama Baby D setiap saat dan waktu.

A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on

Terdahulu, Abby terpaksa melahirkan bayi lelakinya secara pembed4han dan pram4tang demi menyelamatkan ny4wa kedua-duanya selepas Abby mengalami tanda-tanda bersalin pada awal pagi.

Sebelum ini pada tahun 2017, Abby mendedahkan pernah mengalami kegvgvran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Turun Tengok Baby Lagi, Kadang Rasa Sebak Tapi Abah Kuatkan Juga…” – Sayunya Luahan Suami Abby Abadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*