“Awak Adalah Sebabnya..” – Besar Sungguh Peng0rbanan Memey Suhaiza Buat Abby Abadi

Keakraban keluarga Norman Hakim dan Faizal Zakaria semakin kukuh apabila isteri kepada Norman, Memey Suhaiza turut menjadi ibu susuan kepada anak Faizal dan Abby Abadi yang baru lahir.

Abby pernah mengalami kegvgvran dua kali, sebelum melahirkan bayi yang digelar ‘Baby D’ secara pembed4han kerana tidak cukup bulan pada 27 September lalu, jam 10:43 pagi di h0spital Sungai Buloh, Selangor.

Dalam satu entri di Instagramnya, Memey Suhaiza turut memuat naik satu video pendek sambil Abby menunjukkan satu plastik berisi susu.

“You are the reason Baby D. We love you so much. Tahniah Mama Abby dan Abah Jai Ezzany. Sama-sama kita terus doakan Baby D terus kuat dan sihat ya.

“Tadi datang ziarah Mama, sambil-sambil pam susu untuk stock Baby D. Mama pun sama buat stock susu. Mama Mummy bergabung supaya baby cukup keperluan untuk terus membesar dengan sihat,” tulis Memey pada entri video tersebut.

Abby dan Faizal Zakaria mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 dan mereka mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan dan Maisara Dayana Fathia.

Selain itu, Abby juga mempunyai tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Maria Danisha Hakim, hasil perkahwinan dengan Norman Hakim.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

❤️❤️❤️ . Serentak masukkan gambar yg sama cuma best memey rajin buat video.. @ridhuan.kamal ambilkan, kita ada gmbr je hehe.. jadi kita repostlah. Sampai kt pintu je Memey dgn Wan dpt ikut. Dorg tak dpt tengok Baby D sbb Mama dgn Abah je dibenarkan.. Terus doakan utk Baby D ye 🥰 . Posted @withrepost • @memeysuhaiza You are the reason #BabyD ❤️ We love u so much🥰 Tahniah mama @abby_abadi112 & abah @jaiezzany Sama2 kita terus doakan #BabyD terus kuat & sihat ye.. Tadi dtg ziarah mama,sambil2 pam susu utk stock Baby D.. mama pun sama buat stock susu.. Mama mummy bergabung supaya baby cukup keperluan utk terus membesar dgn sihat.. mudah2an…mohon terus sama2 kita istiqomah utk mendoakan mama @abby_abadi112 & #BabyD ye…❤️

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Manakala pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza turut mempunyai tiga orang anak, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.

Pada September 2017, pasangan Norman Hakim dan Memey, dan pasangan Faizal dan Abby turut mengadakan majlis persandingan bersama untuk kali kedua bagi merapatkan kedua-dua keluarga besar itu.

Semoga Allah SWT memberkati keluarga besar ini dan juga keluarga kita semua.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Posted @withrepost • @jaiezzany My Love dunia akhirat @abby_abadi112 . Terlalu besar pengorbanan mu sayang, walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawamu . Pergorbanan yng terlalu sukar untuk dibalas…moga Allah berikan syurga untuk sayang. . Rehat ya sayang…. . Baby Boy Abah…Abah tahu baby kuat..baby nk jumpa mama, Baby nk jumpa Daiyan Dayana…baby nak jumpaAbang Kakak semua.. . Abah doakan moga Allah lindungi baby dan berikan kesihatan yang terbaik untuk baby… . Moga baby dapat nikmati kebesaran Allah, dapat menjadi hamba yang terbaik untuk Allah…dapat merasakan nikmatnya solat… . Ameen…moga Allah permudahkan . ❤️Ps; Mama sambung; Doakan Baby boy kami ni panjang umurnya ye Sahabat. Baru 24minggu umurnya. Dengan berat 540gm sahaja. Hanya ALLAH sahaja yg mampu menyelamatkan dia 😫🤕 . Bila tahu pasal darah tinggi waktu mengandung ni, mcm2 berlegar difikiran. Yelah dari apa yg dibgtau oleh Doc, dari pengalaman org keliling, dari bacaan sendiri.. seremmmm!! 😫 Kalau dulu tak pernah serius fikir nyawa ni buleh diambil anytime… skrg ni… rasa mcm…. berdebar2 jerr… skrg baby dah dilahirkan, tp masih ada lagi risikonya… terasa bagai lilin yg buleh padam bila2 masa je nyawa kami ni 🙊 . Mohon ALLAH SWT bg ruang & peluang utk Sy /Baby terus menjadi hambaNYA di dunia ini. Semoga ALLAH panjangkan umur Baby kami & nyawa Sy juga.. Amin 😘 #MohonDoaKalian #Doabulehmengubahtakdir

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Awak Adalah Sebabnya..” – Besar Sungguh Peng0rbanan Memey Suhaiza Buat Abby Abadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*