Menarik! Universiti Sediakan ‘Almari Menangis’ Untuk Pelajar Yang Tertek4n

Kehidupan sebagai pelajar universiti sememangnya banyak tekanan, bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dalam memikirkan masalah-masalah lain seperti kesempitan wang dan hubungan sosial.

Oleh itu, wajarlah Universiti Utah Amerika Syarikat membina satu ruang khas untuk para pelajarnya meredakan jiwa yang berkecamuk, yang terletak di dalam perpustakaan kampus itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Best of luck on #Finals! Hopefully you won’t need it, but the crying closet at @marriottlibrary is available to shed a mid-study tear.😂 Art installation: @nemosanartist • #CryIfUWantTo #UofU #universityofutah #UtahGrad18 #UofUfinals #MarriottLibrary #cryclosetuofu

A post shared by The University of Utah (@universityofutah) on

Bilik kecil yang dipanggil Crying Closet atau Almari Menangis itu adalah satu projek yang diilhamkan oleh beberapa pelajar seni visual dari universiti itu sendiri untuk memudahkan para pelajar melepaskan tekanan dan mendapatkan sedikit ruang dari masalah mereka.

Bilik itu turut dilengkapi dengan beberapa anak patung haiwan untuk memberikan keselesaan dan ketenangan kepada pelajar yang ingin menggunakan almari itu.

Selain itu terdapat juga beberapa peraturan asas yang perl diikuti sebelum menggunakan bilik itu, antaranya ketuk pintu sebelum masuk, hanya seorang pelajar dibenarkan masuk pada satu-satu masa selama 10 minit , dan lampu serta pengukur masa perlu ditutup sebelum keluar.

Walaupun Almari Menangis pada asalnya hanya sebuat projek seni, namun sambutan yang diterima dari pelajar membuktikan bahawa projek berkenaan merupakan satu idea yang sangat berguna.

Sumber: Varcity

Be the first to comment on "Menarik! Universiti Sediakan ‘Almari Menangis’ Untuk Pelajar Yang Tertek4n"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*