“Bermula Dengan Exists, Berakhir Dengan Exists.” Ini 10 Trivia Terbaik Konsert Reunionnya Semalam!

Terpahat 1001 satu rasa yang menggamit memori menyaksikan Konsert Reunion Exists yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam.

Buat pertama kalinya dalam sejarah, Konsert Exists Reunion anjuran Shiraz Projects ini menghimpunkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis iaitu Mamat dan Ezad.

Ini 10 trivia menarik sepanjang konsert berlangsung.

1. Seawal jam 6.00 petang, peminat membanjiri perkarangan stadium, dan hujan lebat bukan alasan.

2. Persembahan dimulakan dengan lagu ikonik Oh Ibu dengan seorang kanak-kanak muncul menyanyikan secara miming di atas pentas.

3. Kehadiran Mamat mendapat tepukan gemuruh peminat yang rata-rata menyuarakan kesyukuran penyanyi kesayangan mereka dapat beraksi pada malam konsert.

4. Rangkaian 24 lagu popular sepanjang 28 tahun penglibatan Exists dalam industri muzik tanah air dan antaranya Langkah Seiringan, Mengintai Dari Tirai Kamar, Alasanmu dan Rahsia Pohon Cemara.

5. Cukup melucukan apabila ‘drama’ konsert tamat tidak menjadi walau dua kali dilakukan. Gurau Mamat, anggota Exists tidak pandai berdrama.

6. Lirik lagu juga dipaparkan di skrin pentas bagi memudahkan peminat untuk turut sama berkaraoke.

7. Kumpulan ini turut memperkenalkan single terbaru, Tak Berakhir dengan duet Mamat dan Ezad.

8. Alunan suara Ezad cukup hebat, bak kata peminat, ‘suara telan kaset’.

9. Ramai yang mengalirkan air mata tatkala Oh Ibu didendangkan kembali oleh Mamat.

10. Secara keseluruhannya, konsert ini cukup berjaya meningg4lkan kesan yang mendalam buat peminat yang membesar dengan rangkaian lagu hits kumpulan lagenda ini.

Foto : Shiraz Project

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sing along crowd memang terbaik. Terima kasih semua yang hadir dan memberi sokongan padu selama ini buat @existsband #existsreunionconcert #existsreunion #existreunionconcert2019 #alongexists

A post shared by G-Nola (@alongexists) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

EXISTS REUNION last night 🙌🏼 Thank you for the memories @ezadlazim @realmamat @shahslam_ @byajai @alongexists @ujangexist @existsband 💖 You guys are lit and awesome.. Definitely it was a karaoke night for me! 😉😘 #existsreunionconcert

A post shared by Wanie Harun (@wanieharun23) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Konsert exists reunion semalam #exists #existsreunion #existsreunionconcert @ezadlazim

A post shared by Izwan Bond (@izwan_bond) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#existsreunionconcert #existsreunion

A post shared by Eymirsya (@eymirsya) on

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Bermula Dengan Exists, Berakhir Dengan Exists.” Ini 10 Trivia Terbaik Konsert Reunionnya Semalam!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*