“Bahagia Di Instagram Dan Tiba-Tiba Bercer4i,” – Ramona Zamzam S3lar Kenyataan Pura-Pura Bahagia

Menolak kenyataan konon bahagia hanya di Instagram, namun kesedihan secara realiti,  Ramona Zamzam memberi pandangan, dia tidak sesekali menyalahkan masyarakat atas stereotaip yang berlaku.

Bagaimanapun jelasnya kepada MH, bukan semuanya begitu.

Soalnya, bagaimana pula dengan seseorang yang benar-benar bahagia dan hanya mahu berkongsi momen istimewa di Instagram.

Sekarang banyak komen mengatakan sekiranya kita terlalu tunjukkan kebahagiaan, namun di sebalik topeng itu, kita sedih dan tidak gembira dengan kehidupan sendiri. Saya sangat tidak gembira dengan kenyataan tersebut kerana ia  sangat tidak benar.

Bagaimana pula sekiranya seseorang benar-benar gembira dan hanya kongsikan momen istimewa? Adakah anda mahu seseorang yang bahagia itu tunjukkan sisi sedih semata-mata kerana tanggapan tersebut? Kenapa mahu buat begitu kerana kami memang tiada masalah.

“Saya faham dan tidak salahkan masyarakat kerana terlalu banyak kes melibatkan selebriti begitu. Bahagia di Instagram dan tiba-tiba bercerai.

“Namun saya mahu semua tahu, bukan semua begitu. Saya sendiri cukup bahagia dengan perkahwinan dan bertuah dikurniakan suami yang cukup sempurna. Masalah kecil memang biasa berlaku, namun tidaklah sehingga dipukul.

“Saya sangat menghargai setiap momen istimewa dengan keluarga dan sebab itu saya kongsikan di Instagram.

“Netizen sudah cukup bijak untuk menilai. Mereka tahu siapa yang terlalu mencuba sehingga kelihatan canggung untuk bahagia,” jelasnya ketika ditemui di uji bakat pencarian Dewi Remaja 2019.

Bekas finalis Dewi Remaja 2009 ini turut mengakui dia dan suami jahil dalam perihal agama namun tidak pernah culas dalam soal tanggungjawab dalam rumah tangga .

View this post on Instagram

Pose dah cantik, Ivanna korek hidung pulak 🤦🏻‍♀️ We’ve been walking like crazy since we reach Switzerland, especially when it comes to chasing little miss monster 😌 Me & Rami are wearing @skechersmalaysia Go Walk 5, Ivanna is wearing Skechers Twinkle Toes for kids, she loves it cuz when she walks ada lampu keluar 😍 So so comfortable i’m so grateful to have brought these shoes here! #GoWalk5 #SkechersMalaysia

A post shared by RAMONA ZAMZAM ALASHKAR (@ramonazamzam) on

Kadang kala saya takut untuk berkongsi kebahagiaan kerana tanggapan negatif netizen. Saya sangat bertuah ditemukan dengan suami.

“Saya akui kami jahil dalam perihal agama. Berpenampilan seksi dan suami boleh menerimanya. Saya tidak nafikan. Namun dia seorang suami yang sangat bertanggungjawab dan ayah yang baik.

“Apabila bercinta semuanya kelihatan baik sahaja, begitu juga selepas berkahwin. Namun hubungan benar-benar diuji selepas anak lahir. Seseorang lelaki itu akan dinilai daripada keupayaan dia menjaga anak.

“Saya tidak mampu bayangkan hidup tanpa suami. Dia lebih pandai dalam soal penjagaan anak. Bayangkan apabila anak dengan saya. Banyak hal tidak terduga berlaku, anak pernah tersepit tangan pada pintu kereta ketika dalam penjagaan saya,” jelasnya yang baru sahaja pulang daripada bercuti di Switzerland dengan keluarga.

Ramona mendirikan rumah tangga dengan Rami Alashkar pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan puteri sulung, Ivanna Alashkar pada 7 Disember 2017.

Sumber:MH

 

Be the first to comment on "“Bahagia Di Instagram Dan Tiba-Tiba Bercer4i,” – Ramona Zamzam S3lar Kenyataan Pura-Pura Bahagia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*