Bertunang Tak Sampai Sebulan, Lelaki Diberitahu Wanita Dikenalinya Sejak Kecil Hanya Ada 2 Minggu Untuk Hidup

“KAMI tidak akan memberitahu tempoh hidupnya hanya dua minggu sahaja lagi,” demikian luah seorang lelaki mengenainya keadaan tunangnya yang kini terlantar saklt.

Bagi Mohamad Aidil Haiqal Nor Azman, 20, dia begitu terkilan dengan pihak h0spital yang merawat tunangnya, Nur Jannah Jahari yang kini mendrita saklt selepas didiagnosis mempunyai ketumbuhan di bahagian 0vari.

Jelas Aidil, sekiranya pihak h0spital mengesan penyakltnya itu lebih awal, ketmbuhan tunangnya itu tidak akan pecah dan merebak.

“Beberapa bulan lalu Nur Jannah memang mengadu saklt di bahagian perut. Keluarganya dah bawa ke hospital. Mula-mula di pergi ke hospital di Johor Bahru dan diberitahu dia mengalami kekurangan darah kuning.

“Kami berulang alik mendapatkan rawatan di situ dan menunggu laporan, dan diberitahu pula ada cy$t yang masih kecil.

Aidil merancang untuk bercuti daripada kerjanya bagi menjaga dan meluangkan masa bersama Nur Jannah.

“Selepas itu dia balik ke kampungnya di Simpang Renggam dan mendapatkan rawatan h0spital di Kluang kerana sakitnya semakin serius.

“Berita yang mengejutkan saya apabila d0ktor di sana mengesahkan ketmbuhan yang dialami Nur Jannah telah pecah dan merebak ke seluruh bahagian perutnya.

“Paling menyedihkan saya, mereka beritahu Nur Jannah hanya ada tempoh untuk hidup lebih kurang dua minggu dan paling maksimum sebulan,” kongsi Aidil sayu.

Menurut Aidil, d0ktor memberitahu perkara tersebut selepas Nur Jannah menjalani pembdahan pada Khamis lalu.

“Memang buat saya terduduk. Sedih, terkilan semua ada. Memang saya sangat terkilan dengan pihak h0spital kerana jika mereka cepat ‘detect’ mesti tunang saya masih boleh dirawat.

Berita yang mengejutkan saya apabila d0ktor mengesahkan ketumbuhan yang dialami Nur Jannah telah pecah dan merebak ke seluruh bahagian perutnya.

MOHAMAD AIDIL HAIQAL NOR AZMAN

Tunang Pesaklt

“Tetapi mahu atau tak, saya terpaksa melalui situasi menyedihkan ini. Saya masih tidak dapat menerima berita yang doktor sampaikan itu kerana saya percaya dengan Tuhan. Aj@l dan m@ut di tangan-Nya.

“Saya dan keluarganya mengambil keputusan tidak akan memberitahu perkara sebenar (tempoh hidup) kepada Nur Jannah.

“Selepas pemb3dahan saya tengok keadaannya agak stabil dan kuat semangat untuk sembuh. Saya berdoa semoga dia terus kuat,” jelas anak kelima daripada tujuh adik beradik ini.

Dalam pada itu, Aidil bercadang mahu bercuti seketika untuk menjaga tunangnya yang dikenali sejak kecil lagi.

 

Posting mengenai keadaan terkini Nur Jannah yang dikongsi di laman Twitter oleh salah seorang anggota keluarga Aidil mendapat lebih 4,000 ulang kicau.

 

“Saya bekerja di Singapura dan kalau tidak mendapat pelepasan bercuti panjang saya mahu berhenti kerja.

“Memang saya ingin menghabiskan masa menjaga Nur Jannah. Hanya masa yang suntuk ini sahaja yang saya ada untuk menjaganya.

“Kami baru sahaja bertunang 31 Ogos lalu dan merancang berkahwin paling awal tahun depan.

“Tetapi dugaan pula buat kami semua. Saya doakan dia teruskan semangat melawan penyakltnya itu,” ujarnya dalam nada sedih.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mStar

 

Be the first to comment on "Bertunang Tak Sampai Sebulan, Lelaki Diberitahu Wanita Dikenalinya Sejak Kecil Hanya Ada 2 Minggu Untuk Hidup"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*