Sudah mendirikan rumah tangga pada 1 Disember tahun lalu, cinta pasangan selebriti Mona Allen dan Pekin Ibrahim kini dilihat semakin ‘berbunga-bunga’.
Mana tidaknya, setiap gambar yang dimuat naik pasti mendapat pujian ramai melihat pasangan ini yang serasi bersama.
Terbaru, Mona telah memuat naik gambar sewaktu pertama kali berjumpa ibu Pekin di Kelantan.
Ketika pertemuan itu, Mona atau nama penuhnya, Munna Hafiraneza Allen ini tampil manis mengenakan baju kurung moden berwarna hitam dan sedikit solekan pada wajahnya telah menerima komen yang pelbagai.
Terdahulu, pasangan ini bernikah pada 1 Disember dan mengadakan majlis resepsi pada 7 Disember tahun lalu.
Perkahwinan itu hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan beberapa rakan selebriti seperti Amyza Aznan dan Wan Nor Azlin.
Foto : Instagram Mona Allen
Sumber:MH
Be the first to comment on "Mona Allen Throwback Pertama Kali Jumpa Bakal Ibu Mertua Di Kelantan, Pekin Kata “Muka Macam Dah Tak Ada Darah”!"