“Kenapa Lelaki Semua P4nas…,” – Rakam Video Dengan Tunang, Intan Najuwa Dilabel ‘Mata Duitan’ Lagi. Ini Respon Win Tuan Badan!

 

Baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihan pada 18 Ogos lalu, Intan Najuwa ada merakam video pertama bersama tunangnnya, Razrul Anwar Rusli.

Berlatarbelakangkan lagu Cinta Luar Biasa nyanyian Andmesh Kamaleng, pelakon drama bersiri Tuan Danial ini dilihat gembira sambil merakam video di dalam kereta bersama Razrul yang juga seorang ahli perniagaan asal Kedah.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen yang meninggalkan komen kesat berikutan kereta yang dinaiki Intan merupakan sebuah kereta mewah.

Malah, ada yang menyifatkan pelakon berusia 22 tahun itu sebagai mata duitan.

Tidak hanya berdiam diri, Intan telah memuat naik status di Insta Storiesnya.

“Kenapa lelaki-lelaki Melayu semua panas bontot lepas tngok new post I?

“Hahahha! Dah2 pergi kerja,” tulis Intan.

Terdahulu, Intan, 22 dan Razrul, 38, mengadakan majlis pertunangan di Hotel Thistle, Johor Bahru dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan teman rapat.

View this post on Instagram

Alhamdullilah, I’m officially engaged 💍 Official Photographer & Videographer : @furweds Makeup & Hairdo : @fiqqi.abdullah Dress attire: @mode.miroljonit Bridal & Decoration : @acountryweddingplanner & @pejalzal Dulang Hantaran & Hand Bouquet: @faixal_creations & @acountryweddingplanner Chiavari chair : @dvillakempas & @memjohor Goodies : @hellokraf Graphic & Design : @noziejoycreativestudio Henna : @hennabytia Dulang Boys & girls attire : @shawlpublika Hantaran Cake : @kekandco @kuebykek

A post shared by Intan Najuwa, 22 (@intannajuwa) on

 

Difahamkan, Intan telah memadam video tersebut selepas beberapa minit dikongsikan di Instagramnya.

Video/ Foto : Instagram Intan Najuwa/ Rotikaya

Sumber: Media Hiburan

Be the first to comment on "“Kenapa Lelaki Semua P4nas…,” – Rakam Video Dengan Tunang, Intan Najuwa Dilabel ‘Mata Duitan’ Lagi. Ini Respon Win Tuan Badan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*