Demi Masa Depan, ‘Dah 10 Tahun Tiba Masanya Untuk ‘Move On’, – Akim Ahmad

Ahad lalu, Akim yang menggunakan nama Hang Nadim bersama Laq dan Kadok mendapat tempat kedua di AJL33 menerusi lagu Bunga nyanyian Ara Johari.

Akim memberitahu sudah tiba masanya dia memandang serius terhadap bidang gubahan lagu dan tidak hanya bergantung kepada nyanyian semata-mata.

“Saya sudah 10 tahun menceburkan diri dalam bidang muzik dan sudah tiba masanya saya kena move on’ ke cabang lain dan tidak hanya fokus kepada nyanyian sahaja.

“Pada saya bekerja di belakang tabir sebagai komposer banyak memberi kepuasan kepada saya selain ia juga membolehkan saya belajar lebih banyak tentang industri muzik.

Lagu Bunga nyanyian Ara Johari mendapat tempat kedua di AJL33.

“Menghasilkan sesebuah lagu itu sebenarnya banyak proses lain termasuk berbincang dengan artis, wakil syarikat rakaman kerana mereka ini juga memainkan peranan dalam sesebuah kejayaan lagu itu,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Akim yang sering bergandingan dengan Zimie dalam gubahan lagu memberitahu setakat ini mereka sudah pun menyiapkan beberapa buah lagu untuk artis lain.

Selain itu, mereka juga baharu sahaja selesai merakamkan album terbaharu Akim & The Majistret yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Akim berkata, dia juga sedang merancang untuk mengadakan konsert jelajah bersempena 10 tahun penglibatannya dalam industri muzik tempatan.

Kata Akim, menerusi konsert itu dia bukan sahaja akan mendendangkan lagu-lagu popularnya termasuk bersama kumpulannya malah karya yang pernah dihasilkan untuk penyanyi lain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Rumah Bonda 😘😍

A post shared by Akim Ahmad (@akimahmad) on

VIDEO :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#BongkarDemo LYGOPHOBIA Lagu : Hang Nadim , Laq Lirik : Hang Nadim Serba sedikit tentang lagu ini. Apa yang diperdengarkan, semuanya adalah demo, kecuali bunyi piano/keyboard itu yang telah dimainkan/dirakam oleh @i_am_afiez_azam dan seterusnya oleh ahli yang lain dalam @akim_majistret iaitu @wan6ixthsense @_faoq_ @freddyhyperact @gjie6ixthsense dan @zimisofazr (masa ni @rajwan89 belum direkrut) Lagu ini merupakan sebuah lagu yang dibuat khas untuk filem BISIK PADA LANGIT, keluaran Astro Shaw. Arahan oleh Kabir Bhatia seorang pengarah yang terkenal. Barisan pelakon dengan lakonan yang mantap dari Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Kusyairy, Naim Daniel, Erwin Dawson, dan Fadilah Mansoor. Sebuah filem dengan karya yang memberi inspirasi untuk penulisan lirik serta lagu LYGOPHOBIA…. Video penuh di youtube channel Akim Ahmad

A post shared by Akim Ahmad (@akimahmad) on

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

sumber: mstar

 

Be the first to comment on "Demi Masa Depan, ‘Dah 10 Tahun Tiba Masanya Untuk ‘Move On’, – Akim Ahmad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*