Ijazah Ini Hadiah Untuk Arw4h Ayah Saya – Anak Gadis Allahy4rham Mr. Os Bergelar Doktor

“KEJAYAAN ini saya dedikasikan kepada arw4h ayah kerana banyak menyokong saya untuk menceburi bidang perubatan,” kata Syafiqa Hayra Mohd Yusof, 26, anak kepada pelakon dan pelawak, Allahy4rham Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os.

Syafiqa Hayra berkata, dia sedih kerana arw4h ayah tidak sempat melihat pencapaian dan kejayaannya, namun menganggapnya sebagai pemangkin semangat untuk terus maju dalam bidang terbabit.

“Ijazah ini hadiah untuk arw4h ayah. Alhamdulillah ijazah ini amat besar maknanya kepada saya dan terima kasih kepada arw4h ayah serta keluarga yang sering memberi semangat untuk saya meneruskan cita-cita.

“Arwah selalu berpesan supaya saya menjadi seorang doktor yang akan berbakti kepada masyarakat dan berkhidmat kerana Allah,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Syafiqa Hayra yang menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura Mesir dengan keputusan cemerlang Januari lalu berkata, penganugerahan itu juga adalah bayaran kepada peng0rbanan kepada kedua-dua orang tuanya.

“Banyak cabaran dan rintangan yang saya lalui sepanjang belajar di Mesir tetapi orang tua saya tidak pernah berputus asa memberi galakan.

“Saya sudah tetapkan pada diri, setiap pahala yang diperoleh akan disampaikan kepada ibu (Rahayu Muhamed Nadzir) dan arw4h ayah,” katanya yang masih menunggu tempat untuk melaksanakan latihan perubatan (houseman).

Menceritakan kembali kisah ketika ayahnya masih hidup, anak sulung daripada dua beradik itu berkata, dia sentiasa memberi nasihat kepada ayahnya untuk menjaga kesihatan terutama ketika menerima rawatan radioterapi.

“Saya banyak memberitahu ayah untuk menjaga makan. Nasib baik saya sempat menjaganya ketika dia bert4rung dengan peny4kit yang dialami.

“Namun, saya sedih kerana tidak sempat menemuinya sebelum dia meningg4l. Saya mahu balik sebelum dia dikebvmikan tetapi tidak sempat kerana tiada penerbangan ketika itu,” katanya sambil memberitahu sentiasa menziarahi kvbur ayah setiap kali balik bercuti.

Dalam pada itu, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak Selangor dan Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, Perak ini berkata, dia berjanji akan menghabiskan latihan perubatannya selepas ini kerana mahu menunaikan janji yang sudah diberikan kepada arwah ayahnya.

“Saya juga mahu usaha dan kerja keras selama ini dilihat berbaloi. Banyak benda yang perlu dipelajari dalam bidang perubatan,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga dan pihak Zakat Perak serta Selangor kerana banyak memberi dana atau bantuan kewangan untuk menghabiskan ijazah terbabit.

Mr Os meninggal pada 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat k4nser paru-paru.

Sumber:hmetro

 

 

Be the first to comment on "Ijazah Ini Hadiah Untuk Arw4h Ayah Saya – Anak Gadis Allahy4rham Mr. Os Bergelar Doktor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*