“Assalammualaikum. Sebelum bermulanya hari yang istimewa buat seluruh umat Islam.
“Saya dengan rendah diri, mohon ampun dan maaf diatas segala salah silap saya, terkasar bahasa yg mengguris hati, tersilap langkah dan tingkah laku yang mungkin mengguris hati mahupun apa saja yg saya buat menyakiti hati dan mata kalian, dengan rendah diri saya mohon maaf.
“Samada sengaja mahupun tidak, berniat atau pun tiada niat, apa saja yg saya buat menjadikan kalian m4rah, kecewa, mahupun be3nci, saya mohon dimaafkan,” tulisnya.
Pada masa sama, bintang Hingga Hujung Nyawa ini juga turut meminta agar peminat mendoakan ibadah haji yang dilakukannya ini dipermudahkan.
“Mohon doakan kelancaran saya melaksanakan ibadah dan semoga beroleh keberkatan dan haji yang mabrur. Amin.
“Saya juga maafkan apa saja yang diperkatakan dihadapan mahupun dibelakang saya, benar atau tidak, fitn4h atau nyata. Saya lepaskan kerana Allah.
“Semoga kita semua menjadi hamba Allah yg lebih baik dimasa akan datang. Aminnnn. Salam sayang dari saya, Fazira Wan Chek,” maklum Erra.
Terdahulu, pemergiaan Erra ke tanah suci mendapat perhatian ramai apabila dia mengakui berangkat sendirian tanpa mahram.
Semoga Erra Fazira mendapat haji yang mabrur.
Sumber : Media Hiburan
Be the first to comment on "“Fitn4h Atau Nyata.. Saya Lepaskan Kerana Allah,” – Erra Fazira"