Semalam Baru Bersalin Anak Ketiga, Adira Nafi Sudah Dicer4ikan, Datuk Red Bersumpah Atas Nama Allah

Baru sahaja melahirkan anak ketiganya, penyanyi Adira menafikan gosip yang hangat diperkatakan mengenai kononnya, dia telah dicer4ikan suami, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih sinonim dikenali sebagai Datuk Red, ketika sedang sarat mengandung.

Malah seperti yang dipetik Harian Metro, bintang berusia 28 tahun itu juga turut menafikan dia merupakan wanita yang berada dalam kamar mahkamah seperti disampaikan sumber kepada ruangan gosip sebuah portal hiburan baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tahniah dato menteri besar selangor … @amirudin_shari

A post shared by Hamba Allah Dan Bakal Jenazah (@dato.red) on

“Saya ada dengar cerita ini dan ramai juga yang menyebut nama saya. Walaupun gosip itu tidak menyatakan siapa artis wanita itu, tapi ramai yang membuat spekuulasi ia adalah saya.

“Saya sebenarnya malas nak bercakap perkara sama berulang kali terutama gosip remeh dan berita yang sengaja direka untuk melemahkan saya. Dari dulu sampai sekarang, saya takkan layan dan buat tak tahu saja,” jelas Adira seperti yang dipetik.

Pada masa sama, bintang ini turut mengakui dia tidak mahu mengambil serius mengenai hal yang boleh memeningkan kepala, lebih-lebih lagi terhadap hal yang tidak benar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Perhhh panjanggg tapi demi malaysia 🇲🇾..perut skit plak nk ek ek huhuhuhu #datoredhensem #pru15 #kampunghalaman

A post shared by Hamba Allah Dan Bakal Jenazah (@dato.red) on

“Saya tidak mahu memeningkan kepala memikirkan perkara yang tak betul. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting saya dan suami tahu kebenarannya,” katanya yang bagaimanapun mengakui keharmoniannya bersama suami ada pasang surutnya sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama.

“Tiipulah kalau sepanjang berkahwin tak pernah gaduh dan berselisih pendapat. Kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

“Bagi saya, ia perkara biasa dalam perkahwinan dan dilalui oleh semua pasangan. Cuma, dalam kes saya tidaklah sampai nak bercer4i berai.

“Suami masih menjalankan tanggungjawabnya. Paling penting sekarang, saya mahu fokus pada anak yang baru lahir, diri dan keluarga,” jelasnya lagi.

Sementara itu, Datuk Red pula menjelaskan, spekuulasi yang timbul itu adalah tidak benar sama sekali.

“Saya bersumpah dengan nama Allah, saya tidak buat perkara itu. Sangat terkejut depan apa yang diperkatakan. Saya masih waras untuk buat semua ini.

“Selagi saya ada kudrat dan bernyawa, saya akan terus menjaganya dengan anak-anak,” tegas Datuk Red.

Foto: Instagram Adira, Datuk Red

Sumber : MH

Be the first to comment on "Semalam Baru Bersalin Anak Ketiga, Adira Nafi Sudah Dicer4ikan, Datuk Red Bersumpah Atas Nama Allah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*