“Melting Siak Tengok Dia” – Peminat Teruja Tonton Lakonan Ben Amir Dalam Sweet Dreams

Drama bersiri Sweet Dreams telah mula ditayangkan di slot Megadrama semenjak semalam.

Menampilkan gandingan pertama Ben Amir dan Mira Filzah di kaca televisyen, drama bersiri ini diarahkan oleh Michael Ang.

Drama bersiri ini diinspirasikan dari novel popular berjudul sama karya penulis Acik Lana.

Menerusi pemerhatian Gempak di laman sosial, rata-rata peminat teruja menonton drama bersiri ini dan menyifatkan jalan cerita yang ditampilkan sangat menarik.

Dalam pada itu, peminat juga memuji kekacakan Ben selaku hero dalam drama bersiri ini.

Selain Ben dan Mira, drama bersiri ini turut menampilkan lakonan Sean Lee, Datin Seri Nina Juren, Yuna Rahim, PU Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sebab Qash rasa Puteri jodoh Qash? Habis tu CikBam macam mana? Okay just nak ingatkan kita pakai satu hashtag je. Kita pakai #dramaSweetDreams okay! MALAM INI MEGADRAMA SWEET DREAMS Bermula 5 Ogos 2019. Setiap Isnin-Khamis | 10 malam Hanya di Astro Ria dan RiaHD Diinspirasikan daripada Novel Sweet Dreams karya @aciklana Dibintangi oleh @mfmirafilzah @benamirr @seanlje @ninajuren @yunarahim @naszsally @yusuf_bahrin @pu_azman @didiastillah @royazman30 Juga Dibintangi dan diarahkan oleh @michaelang38 #dramaSweetDreams #SweetDreams

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on

Jangan lupa saksikan drama bersiri Sweet Dreams setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Gunakan hashtag #dramaSweetDreams untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Melting Siak Tengok Dia” – Peminat Teruja Tonton Lakonan Ben Amir Dalam Sweet Dreams"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*