[VIDEO] ‘Raja Berjiwa Rakyat’ Sememangnya Kena Dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah

UNGKAPAN ‘raja berjiwa rakyat’ sememangnya cukup kena dengan kemuliaan hati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terbaharu, satu rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram Istana Negara pada Isnin memaparkan baginda mencemar duli turun dari kenderaan rasmi yang dinaiki untuk meninjau satu kejadian kem4langan.

Menurut pengendali akaun rasmi itu, kemal4ngan berkenaan berlaku di jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim.

 

Allahuakhbar… Terbaik Tuanku… Syukur kami dapat pemimpin sebegini.

NETIZEN

Baginda pada waktu itu sedang dalam perjalanan untuk merasmikan Pameran Raja Kita yang berlangsung di Muzium Negara.

Menerusi video itu, baginda sempat bertanya khabar dan berborak dengan pemandu kereta yang terbabit dalam kem4langan berkenaan.

Ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya. Pada Jun lalu, baginda sempat turun dari kenderaan rasminya untuk memberi bantuan kepada m4ngsa kem4langan di lorong kiri susur Persiaran Barat/Lebuh Sentosa, di Putrajaya.

Malah, kisah baginda yang beratur untuk membeli hidangan di restoran makanan segera KFC baru-baru ini turut menjadi bualan ramai.

Netizen meluahkan rasa kagum dengan sikap prihatin baginda.

Dalam pada itu, rakaman itu turut dihujani komen netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum dengan sikap baginda yang cukup prihatin dan mesra.

“Allahuakbar.. Mulianya hati Tuanku. Ya Allah Kau rahmatilah raja kami dan seluruh keturunannya…Amin,” tulis Sheila Hassan.

“Sangat humble… Moga panjang umur,” tulis Rahman Ruhaizat.

“Allahuakhbar… Terbaik Tuanku… Syukur kami dapat pemimpin sebegini,” tulis Norzaiton Nawi pula.

Sehingga kini, video itu menerima lebih 10,000 tontonan dalam tempoh 20 minit selepas ia dimuat naik.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mulia hati Tuanku. Untuk baca artikel penuh, boleh swipe up IG Story/Highlight #mstaronline #mstarMoi (Video: @istana_negara )

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "[VIDEO] ‘Raja Berjiwa Rakyat’ Sememangnya Kena Dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*