Aktres Sweet Qismina mendedahkan pelakon Syafie Naswip adalah gandingan terbaik untuk bergandingan dalam lakonan.
Menurut Sweet, dia tidak malu atau kekok kerana Syafie seorang yang baik serta tidak lokek berkongsi ilmu.
“Dia menjadi salah seorang gandingan terbaik yang pernah ada. Sekejap sahaja kami sudah serasi.
“Tahu kenapa? Kerana kami boleh duduk berbincang, berkongsi dan bertukar idea.
“Malah kami mampu mencipta sesuatu untuk setiap babak dalam lakonan. Tak rasa malu atau kekok untuk bekerja.
“Saya amat kagum dan menghormati dia lebih-lebih lagi sebaik mengetahui dia anak didik arwah Yasmin Ahmad.
“Ya, dia sangat baik, merendah diri dan tidak berpura-pura. Abang adalah orang yang paling sesuai untuk bercakap dan bincang mengenai dunia seni.
“Dia banyak mengajar saya. Sangat susah nak tengok dia mengamuk. Malah dia ajar saya bersabar terutama untuk mencari rezeki dalam industri.
“Kami rezeki tak menentu, jadi kami perlu rancang untuk jimat dan ‘roling’ duit untuk segala benda.
“Mungkin sebab kami berdua bermula dari kecik, sebab itu saya faham segala benda yang dikongsi,” tulisnya.
View this post on InstagramSoalan : Kenapa Isnin nak ke Ahad lama tapi Ahad nak ke Isnin sekejap? 🙃 #fqs
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram (IG) sempena hari lahir Syafie baru-baru ini.
Tambah pemilik nama Farhanna Qismina Supandi ini, dia berpesan kepada netizen supaya bersedia untuk memohon maaf untuk segala tomahan yang telah dilemparkan jika Syafie tidak bersalah.
“Mengenai perihal kehidupan dia, saya tiada hak untuk berkata apa-apa. Walaupun ramai yang bertanya kepada saya mengenai dia kerana kami banyak berlakon bersama.
“Apa yang saya boleh katakan kalau abang buat silap pasti akan dimaki, tapi adik tahu abang takkan buat sesuatu yang bodoh tanpa alasan kukuh.
“Kepada semua, kalau dia salah, dia akan bertanggungjawab dan memohon maaf. Tapi kalau sebaliknya yang berlaku, anda perlu bertanggungjawab dan memohon maaf kepadanya.
“Jangan pula bila dah jadi golongan wakaf d0sa kemudian buat bod0h pulak okey?” tulisnya lagi.
Terdahulu Syafie dan aktres Aishah Azman yang merupakan adik kepada pelakon Afiq Muiz bertunang dalam satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019.
Selepas itu, Gempak melaporkan ikatan pertunangan Syafie dan Aishah putus di tengah jalan.
Syafie menerusi laporan Gempak bertarikh 23 Julai menegaskan dia mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan kerana merasakan dugaan bertunang terlalu berat dan tidak mampu untuk meneruskannya.
Malah kata Syafie lagi, keputusan ini diambil bukan kerana sesiapa, tetapi atas persetujuan bersama.
Kemudian, Harian Metro melaporkan seorang pelakon lelaki berusia 27 tahun membel4sah bekas tunangnya.
Pelakon lelaki itu datang ke rumah bekas tunangnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang pada 26 Jun lalu.
Ramai netizen mula berspekulasi dan mendakwa pelakon lelaki yang dimaksudkan itu adalah Syafie.
Sumber : Gempak
Be the first to comment on "Giliran Sweet Qismina Pula Dedah Siapa Syafie Naswip Yang Sebenar"