“Alhamdulillah, Doa Saya Diperkenankan” – Umie Aida

Pelakon Datin Seri Umie Aida mengakui bersyukur apabila doanya ketika menunaikan umrah pada Januari lalu supaya dibukakan jalan untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini dimakbulkan oleh Allah SWT.

Menurut laporan Berita Harian, Umie bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 4 Ogos ini, ditemani suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bagi menunaikan ibadat haji buat kali pertama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Majlis tahlil & doa selamat . Terima kasih atas jemputan @neelofa . semoga mendapat haji yang mabrur.. Aamiin

A post shared by umieaida 🇲🇾 (@umieaida9) on

“Ketika mengerjakan umrah, Januari lalu, saya berdoa bersungguh-sungguh supaya Allah meluaskan rezeki dan diberi peluang kembali ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat haji pula.

“Alhamdulillah, doa saya diperkenankan. Saya berharap diberikan Allah kesabaran dan kekuatan untuk melaksanakan segala rukun dengan sempurna.

“Peluang itu juga saya manfaatkan sebagai ruang untuk muhasabah diri kerana setiap tetamu Allah pasti ingin pulang bersama haji mabrur. Saya mahu kembali ke tanah air nanti menjadi insan yang lebih baik,” katanya.

Pelakon filem Dukun itu berkata, dia juga sentiasa berdoa diberikan kesihatan yang baik, sekali gus dapat menyempurnakan ibadat haji dengan lengkap.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulilah… 2hari kuliah bersama tuan guru Sheikh Muhamad Nuruddin .

A post shared by umieaida 🇲🇾 (@umieaida9) on

“Teruja sebenarnya atas peluang dan kesempatan ini. Secara peribadi, saya sudah tidak sabar mahu ke sana, malah sedang membilang hari menanti waktu Wukuf. Saya harap sangat diberikan Allah kesihatan yang baik untuk merasai nikmat paling berharga ini,” katanya.

Tambah Umie, pemergiannya itu juga bermakna, dia perlu berenggang dengan anak angkatnya, Nur Aisya yang dijaga sejak usia 12 hari.

“Saya pasti merinduinya kerana sebelum ini, dia sentiasa ada di sisi. Bayangkan, setiap hari saya menatap mukanya, tiba-tiba terpaksa berenggang. Memang berat perasaan itu.

“Namun, saya tidak risau kerana dia akan dijaga dengan baik sepanjang ketiadaan saya nanti. Insya-Allah, semoga urusan saya sepanjang di sana nanti dipermudahkan,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam jumaat 💙

A post shared by umieaida 🇲🇾 (@umieaida9) on

Sumber: Berita Harian

 

Be the first to comment on "“Alhamdulillah, Doa Saya Diperkenankan” – Umie Aida"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*