“Berat Sungguh Dvgaan.. Isteri/Ibu”- Kongsi Keadaan Wawa, Aeril Minta Hargai Wanita!

Menjadi seorang isteri atau ibu merupakan tanggungjawab yang besar malah tidak semua mampu untuk menggalas peranan itu.

Jika dihayati peranan mereka, pasti ramai yang merasakan dugaan dijalani mereka berat. Itulah yang dirasai Aeril Zafrel apabila melihat keadaan isterinya yang terbaring.

Malah gara-gara hal itu juga, Aeril menasihati agar lelaki diluar sana menghargai isteri. Apatah lagi mereka jugalah yang bergelar ibu kepada anak-anak kita sendiri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

berat sungguh dugaan seorang isteri/ibu… wahai lelaki…hargailah dia…. doakan wawa baik2 saja semua…

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Bagaimanapun, Aeril menerusi posting barunya itu turut meminta agar mendoakan Wawa Zainal baik-baik sahaja.

Semoga cepat sembuh…

“Awal kahwin saya suka mar4h dia” – Wawa Zainal sedih, lakonan Aeril Zafrel imbau perangai lama

PELAKON Wawa Zainal memberitahu riak muka suaminya Aeril Zafrel dalam sebuah babak drama Cari Aku Di Syurga ketika dimarahi Lisa lakonan Janna Nick sama seperti yang dilalui pada awal perkahwinan mereka.

Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin , 28, berkata,  dia pernah melalui fasa tersebut, namun bersyukur suaminya sentiasa bersikap tenang dalam mengawal rumah tangga mereka.

“Terlalu banyak menangis bila tengok muka kesian Anas (Aeril) macam ni. Sebab masa awal perkahwinan dulu saya harimau juga.

“Suka mar4h-mar4h dia. Biasa la masa tu budak-budak, tak matang. Tapi tak ada la teruk macam cik Lisa (lakonan Janna) tu

“Tapi Aeril tenang macam tu la reaksi dia sama macam dalam TV. Sabar saja dengan perangai isteri dia,” katanya.

Wawa menangis melihat wajah sedih lakonan suaminya, Aeril.

Wawa mendedahkan perkara tersebut dan memuat naik video sebuah adegan drama berkenaan iaitu ketika Lisa memarahi Anas di laman Instagramnya.

Drama Cari Aku Di Syurga mula ditayangkan sejak 6 Mei lalu menerusi slot Samarinda TV3 pada pukul 10.30 malam setiap hari Selasa hingga Khamis.

Dalam pada itu, Wawa memberitahu dia bernasib baik menyedari perkara itu dan berubah menjadi seorang isteri yang lebih baik.

Menurut Wawa, lelaki yang baik dan tidak pernah melukai hati isteri seperti dalam drama itu masih wujud dan perlu dihargai.

Wawa dan Aeril bakal menimang cahaya mata ketiga.

“Nasib baik la saya insaf cepat. Jadi isteri yang baik da. Korang tanya ada ke lelaki sebaik Anas?

“Yang tak melukai hati isterinya. Ada… Ada saja… Kalau ada tu, hargailah. Jangan sesekali sia-siakannya.

“Eh rindunya dengan @aeril_zafrel. Tengok dalam TV saja mampu,” ujarnya.

Wawa dan Aeril berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Isteri kepada Aeril itu juga kini sedang hamil anak ketiga mereka dan kandungannya sudah memasuki dua bulan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Aeril Zafrel via HCL

Be the first to comment on "“Berat Sungguh Dvgaan.. Isteri/Ibu”- Kongsi Keadaan Wawa, Aeril Minta Hargai Wanita!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*