Janna Nick tidak menafikan dirinya kini sedang berkawan rapat dengan model dan pelakon baru berd4rah kacukan, Dini Azan Schatzmann.
Bagaimanapun, bintang berusia 24 tahun itu belum sedia untuk berkongsi lanjut mengenai hubungan berkenaan memandangkan mereka masih dalam fasa berkawan.
“Kami memang berkawan rapat dan saya selesa dengannya. Buat masa sekarang biarlah kami ikut aturan ditetapkan. Jangan nak terburu-buru.
View this post on Instagramdia ni la PUNCA… dasar oink oink… #bukancintaaku aku 7malam ni @tv3malaysia REMY= @dinischatzmann
“Lagipun, saya ini perempuan jadi tak manis sekiranya terlalu bercakap soal ini. Nanti apa pula kata orang. Sebaiknya, doakan saja yang baik-baik,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Sementara itu, bintang Bukan Cinta Aku ini juga turut mengakui jejaka tersebut merupakan lelaki yang baik dan tidak pernah nak tumpang populariti.
View this post on InstagramNi scene mana ni? Remy and Riana #bukancintaaku @tv3malaysia @jannanick #vacaywithairasiaX @airasia
“Cukup untuk saya katakan dia lelaki yang baik. Lagi satu, walaupun dia berlakon dengan saya, dia tak pernah nak tumpang populariti.
“Itu yang membuatkan saya selesa berkawan dengannya. Kebetulan, saya jarang ada kawan lelaki dan boleh jadi kawan baik,” kongsi Janna lagi.
Hubungan keduanya difahamkan mulai rapat apabila dua bintang berkenaan terlibat sama menerusi drama rantaian, Bukan Cinta Aku yang ditayangkan di slot Akasia, TV3 baru-baru ini.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Instagram Janna, Dini via MH
Be the first to comment on "“Doakan Saja Tang Baik-Baik” – Janna Nick Perjelas Siapa Dini Schatzmann Baginya"