Baru Bebas Senarai Hit4m, Hazama Disam4n P0lis Thailand Pula

Sebelum ini, penyanyi Hazama telah memuat naik gambar dirinya bersama seorang p0lis Thailand dalam laman Instagram miliknya.

Ramai yang tertanya-tanya apakah tujuan sebenar Hazama berkongsi gambar tersebut.

Ditemui sewaktu sesi taklimat media Mentor Milenia di Bandar Utama, Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 35, mendedahkan perkara sebenar.

Hazama memuat naik gambar bersama p0lis Thailand yang menimbulkan pertanyaan peminat.

“Saya dis4man sewaktu bercuti di Thailand baru-baru ni. Masa tu saya pergi berdua sahaja dengan isteri.

“Bukan pasal kes jen4yah pun tapi hanya disebabkan saya salah parking kereta di tempat tidak sepatutnya.

“Perkara tu secara tak sengaja sebab saya tidak tahu di situ ialah kawasan lar4ngan.

“Yelah, mana nak faham tulisan mereka. Saya terpaksa ke balai p0lis untuk menyelesaikan s4man tersebut.

“Saya kena bayar sam4n 500 baht. Kalau duit Malaysia dalam RM66.54 sahaja,” kata Hazama kepada MHE TV.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kene saman sbb pacak beruang kat area patong beach.. #phuket #patongbeach #budakkeramat #yarahhh @generviekam

A post shared by Mr Hazama (@mrhazama1) on

Jelas Hazama, dia merasakan apa yang berlaku bukan satu isu besar kerana pasti terdapat rakyat Malaysia yang pernah mengalami keadaan sama sepertinya.

Ujar Hazama lagi, dia memilih Thailand untuk bercuti kerana faktor jarak yang dekat selain bajet yang mencukupi.

“Sebelum ini, nama saya disenarai hit4m dan tidak dibenarkan untuk keluar ke luar negara.

“Jadi, selepas dua tahun berkahwin, inilah peluang saya untuk pergi berbulan madu,” kata Hazama yang menjelaskan sudah membayar cukai sepenuhnya.

Hazama bersama barisan terbaharu untuk program Mentor Milenia 2019.

Sementara itu, penyanyi lagu Relakan Jiwa ini masih kekal sebagai mentor untuk musim terbaharu program Mentor Milenia untuk tahun 2019.

Selain Hazama, penyanyi Akim Ahmad dan Black Hanifah turut dikekalkan sebagai mentor bersama dua mentor baharu, Stacy Anam dan Ernie Zakri

Sumber : MHE TV

Be the first to comment on "Baru Bebas Senarai Hit4m, Hazama Disam4n P0lis Thailand Pula"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*