Selebriti cantik, Luna Maya membuat satu pengakuan agak memalukan di mana dia selalu terkentut di lokasi penggambaran.
Pendedahan itu dibuat ketika menjawab soalan rawak daripada salah seorang pengacara, Mumuk Gomez ketika tampil sebagai tetamu dalam program Sarah Serchan, baru-baru ini.
“Luna maya, pernah tak kamu buang angin (kentut) sembarangan ketika sedang menjalani penggambaran?” tanya Mumuk.
“Selalu,” jawab Luna sambil tersipu malu.
“Iya, kadang-kadang bunyi pret. Kadang-kadang tiada bunyi,” tambah pelakon berusia 35 tahun ini sambil menahan tawa.
Kemudian Sarah Sechan pula mencelah, “Kalau kamu kentut, ada yang mula terbau dan tertanya-tanya, kamu diam aja dan tidak mengaku,” provok wanita itu.
“Tidak, saya akan berpura-pura bertanya siapa yang punya angkara dan saya tidak mahu mengaku,” jawab Luna bersahaja.
Dengan ekspresi marah, Sarah berkata, “Kamu tahu itu fitn4h? Fitn4h itu lebih keji dan lebih kej4m daripada membunuuh? Kamu fikir itu lucu?” tanya Sarah.
Klip tayangan program tersebut terus menjadi bualan hangat warganet selepas dimuat naik sebuah akaun gosip dalam Instagram.
Sumber : MHE TV
Be the first to comment on "Luna Maya Membuat Satu Pengakuan Agak Memalukan Di Lokasi Penggambaran"